in

Wardina Safiyyah Lancar Buku Mama Saya Lapar & Siapa Alien

Lama betul Budiey tak jumpa dengan pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah kat event. Seingat Budiey, kali terakhir kami berjumpa pun masa pelancaran drama Impian dulu kat Sri Pentas tahun lepas. Kemudian selepas itu, Budiey hanya dapat mengikuti pelakon wanita yang dulunya popular dalam drama sitkom Spanar Jaya ini sebagai hos di kaca TV di program Malaysia Hari Ini.

Setidak-tidak pun, Budiey ada juga mengikuti perkembangan Wardina Safiyyah di Facebook milik peribadi & juga Fanpagenya.

Gambar terkini Wardina Safiyyah

Baru-baru ini, Budiey dihubungi pengacara bertudung litup ini melalui email. Dalam rasa keterujaan yang sangat tinggi, Wardina meluahkan rasa lega & gembiranya kerana buku yang ditulis akhirnya siap untuk menemui pembaca dan akan berada di pasaran di Mid Valley mulai 5 Jun 2010 ini. Bukan sebuah buku ya, tapi Wardina akan melancarkan dua buah buku sekaligus! Budiey difahamkan buku ini akan dilancarkan tak lama lagi.

Walaupun sibuk dengan rutin harian, jadi pengacara dan selebriti, Wardina berjaya mencuri masa untuk menghasilkan buku.

Budiey rasa dah lama impian Wardina untuk menulis buku sendiri. Minatnya dalam bidang penulisan sebenarnya timbul sejak di bangku sekolah lagi sehingga dia bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Apa yang mengkagumkan hos MHI yang hangat dengan kenyataan berbisanya, Selebriti Malaysia Tak Layak Bergelar Ikon sikit masa dulu ini tak mudah berputus asa. Gigih betul dia sehingga begitu nekad untuk hasilkan buku walau apa pun halangan. Katanya, dia tak nak menyesal kemudian kalau tak buat sekarang.

Bukan setakat berjaya melancarkan buku, tapi dalam masa yang sama beliau gigih menyambung pengajiannya di peringkat ijazah dalam bidang psikologi dan mensasarkan untuk mendapatkan PHD sebelum usianya mencecah 40 tahun. Satu iltizam atau tekad yang harus dicontohi oleh semua yang ingin berjaya.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi ini buku pertama hasil karyanya berjudul Mama Saya Lapar dianggap sangat personal dan istimewa buat dirinya. Buku ini sangat berguna untuk para ibu di luar sana untuk dijadikan panduan mengenai pengalaman pemakanan berkhasiat.

Ditampilkan juga pelbagai tips bagaimana untuk mengatasi masalah anak-anak cerewet memilih makanan, cara nak ajar anak makan sayur. Selain menerangkan tentang penyusuan susu ibu, Wardina juga menceritakan tentang pengalamannya apabila menghadapi anak yang sedang sakit. Tak lupa juga ada resepi menarik untuk dicuba!

“Minat menulis memang sudah lama ada dalam diri saya, sejak di bangku sekolah lagi. Kalau saya tidak menjadi pelakon, saya rasa memang saya akan menjadi seorang penulis. Buku panduan untuk ibu-ibu itu tercetus setelah saya menyedari ramai wanita sering bertanyakan pada saya tentang tips pemakanan bayi, penyusuan dan sebagainya. Saya sendiri pun tidak tahu mengapa mereka sering bertanyakan pendapat saya dan dari situlah saya rasa bagus juga jika saya hasilkan satu buku menceritakan tentang pengalaman sendiri sebagai seorang ibu. Untuk siri pertama ini, saya memfokuskan kepada aspek pemakanan. Mengenai buku cerita kanak-kanak pula, ia adalah ilham daripada seorang kenalan sebenarnya. Dan buku ini saya hasilkannya di dalam bahasa Melayu (BM) kerana ketika ini, buku kanak-kanak dalam BM sangat kurang. – Wardina [sumber]

Kata Wardina, buku ini disampai dengan cara yang senang difahami dan ianya ikhlas dari hati. Beliau percaya, buku sebegini padat dengan informasi berguna dan segala tips memang boleh dipercayai keberkesanannya kerana dilengkapi juga nasihat dari pakar.

“Saya memang suka berkongsi pengalaman dan cerita dengan orang Budiey…. dan saya mahu memberi sesuatau yang berguna buat peminat dan rakyat Malaysia. Dan produk yang ingin saya kongsikan bersama ialah tak lain tak bukan = BUKU.”

Buku kedua karya Wardina berjudul SIapa Alien.

Buku cerita kanak-kanak ini diilustrasikan oleh Raja Pensel Warna Uneh. Ianya menceritakan tentang Alien yang bernama Ali, bagaimana ia turun ke bumi dan berjumpa dengan satu lagi Alien yang sebenarnya – seorang manusia! Nak tahu lebih lanjut siapa Alien sebenarnya, kenalah beli buku ini.

Pengajarannya janganlah kita memandang seorang yang “tidak sama” dengan kita sebagai aneh dan pelik. Disertai panduan dan info mengenai perkembangan minda.

Kata Wardina, antara sebab dia menghasilkan buku kanak-kanak adalah kerana beliau cukup suka dengan kanak-kanak.

“Saya menyintai kanak-kanak, saya menyintai buku! Saya berharap anak-anak Malaysia akan gemar membaca dan saya pasti akan menggemari buku saya ini InsyaAllah!

Kepada pembaca Sensasi Selebriti, korang boleh dapatkan kedua-dua buku dari Wardina Safiyyah ini di toko-toko buku yang berdekatan dengan anda. Khusus untuk warga Kuala Lumpur, bolehlah mendapatkannya di MPH Mid Valley mulai 5 Jun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Double Trouble Search & Wings Stadium Larkin, Johor Bahru

Fizo Omar Ashraff Muslim dalam Drama Kau Laksana Bulan