in , , ,

Isu Rogol, Wardina Safiyyah Tarbiah Fynn Jamal Masa IG Live

Semalam Fynn Jamal sekali lagi ditegur oleh rakan artis, Wardina Saffiyah berkenaan kenyataannya yang mengelirukan orang ramai.

Menerusi siaran langsung di Instagram Live bersama Fynn Jamal, Wardina berkata kenyataan Fynn Jamal tersebut kurang tepat memandangkan jenayah rogol sudah berleluasa sebelum adanya media sosial. Menurut Wardina, biarpun apa yang dikatakan Fynn itu dengan niat memberi kesedaran kepada orang ramai namun penyanyi itu tidak sepatutnya menyalahkan wanita semata-mata.

Kata Wardina, Fynn tidak sewajarnya meletakkan hubung kait antara penutupan aurat dengan jenayah tersebut kerana seolah-olah meletakkan kesalahan jenayah tersebut berlaku adalah kerana wanita.

Isu Filter Punca Rogol, Caprice Keliru Lalu Berdebat Dengan Fynn Jamal

“Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata.

“Tutup salah, tak tutup salah. Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam.

“Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini,”

– Wardina

Turut mengatakan isu kompleks sebegini tidak boleh dibincang dengan cara ini, Wardina sempat menasihati Fynn agar memohon maaf kepada semua atas kenyataannya yang mengelirukan kerana jenayah tersebut berlaku adalah disebabkan oleh banyak faktor, antaranya psikologikal.

Isu Filter Punca Rogol, Caprice Keliru Lalu Berdebat Dengan Fynn Jamal

“Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu menjaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun.

Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri.

Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar.”

– Wardina
Isu Filter Punca Rogol, Caprice Keliru Lalu Berdebat Dengan Fynn Jamal

Apabila Wardina mempersoalkan apakah salah sekiranya seseorang mahu memuat naik gambar mereka, Fynn Jamal sedikit gagap dan mengatakan bahawa ia akan menimbulkan fitnah kepada perempuan.

Namun Wardina menolak kenyataan tersebut dan mengatakan bahawa satu dunia ini dipenuhi dengan fitnah dan kesalahan itu tak patut diletakkan kepada perempuan sahaja.

Rata-rata netizen yang melihatkan perbincangan di antara dua selebriti wanita itu memuji Wardina kerana tegas dengan pendiriannya selain membentangkan hujah yang boleh diterima akal.

Nama Wardina menjadi trending di Twitter disebabkan sesi IG Live tersebut dan rata-rata netizen di laman sosial bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut.

Fynn Jamal sebelum ini pernah menerima teguran daripada pendakwah bebas, Musytaq Al-Ashari supaya tidak mengeluarkan hukum yang tidak difahami sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Teguran dibuat kerana Fynn Jamal sering menjawab persoalan warga maya di InstaStories dari sudut pandangan Islam menyebabkan Musytaq menasihatinya agar mengaku tidak tahu sekiranya tidak pasti dalam hal-hal tertentu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AEON, Facebook Suami Masak Apa Hari Ini? & Koop GTR Lancar BERKAT KORBAN

YonnyBoii Dituduh Ambil Pil Kuda Gara-Gara Hiperaktif