in , , ,

Wany Hasrita, Amira Othman & Tasha Manshahar Dilantik Duta BOUGAS BEAUTY

Bougas Beauty Memantapkan Lagi Jenama Dengan Pelantikan Tiga Duta Kejelitaan Sejati

Bougas Beauty akan memantapkan lagi keterlihatan jenama dengan memperkenalkan tiga duta kecantikan yang akan membantu menyebarkan mesej kejelitaan sejati di samping meningkatkan jenama penjagaan kulit ini melangkah ke fasa seterusnya.

Ketiga-tiga duta ini – Wany Hasrita, Amira Othman & Tasha Manshahar – akan menjadi wajah bagi jenama Bougas Beauty, justeru mewakili rangkaian produknya yang mudah digunakan dan berkesan, di mana peminat jenama ini dirujuk sebagai ‘Bougas Lovers’.

Jenama Halal dari Malaysia ini, yang diiktiraf oleh JAKIM dan telah menjalani ujikaji makmal oleh SIRIM, menghasilkan produk penjagaan kulit berkualiti tinggi yang dapat mengatasi masalah kulit Asia. Ditubuhkan pada 2017, visi Bougas Beauty adalah melakukan perbezaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan di samping menaikkan taraf hidup setiap individu.

Wany Hasrita, Amira Othman & Tasha Manshahar Dilantik Duta BOUGAS BEAUTY
Wany Hasrita, Amira Othman & Tasha Manshahar Dilantik Duta BOUGAS BEAUTY

Semasa berucap di majlis memperkenalkan Tasha, Amira dan Wany sebagai duta Bougas Beauty, Pengasas dan Pengarah Syarikat Bougas Beauty, Puan Erni Amanina Amin, berkata

“Bougas Beauty berbesar hati bahawa ketiga-tiga wanita yang sungguh cantik dan berkebolehan ini sudi menyertai dan mewakili jenama kami.

Malah, kesungguhan mereka untuk berjaya serta pencapaian dan kejayaan mereka adalah sesuatu yang kami semua impikan.

“Bougas Beauty ialah sebuah jenama kecantikan yang ingin mengikis stigma tentang jenama tempatan, dan kami berazam untuk membawa jenama ini ke persada antarabangsa.

Pelantikan tiga duta baru ini akan membantu kami mengukuhkan lagi bagaimana kami bersama-sama dapat menuju ke arah kehidupan yang lebih berjaya, bermakna dan berwawasan,”

– Puan Erni Amanina Amin

Antara pengiktirafan yang diterima oleh Bougas Beauty termasuk anugerah ‘Super Health Brand’ Asia Pasifik 2019 yang diberikan kepada jenama produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti tinggi, dihormati, boleh diterima dan mudah dikenali oleh pelanggan setia. Untuk mendapat anugerah, produk dan perkhidmatan mestilah cemerlang dan berkualiti tinggi, selamat digunakan, berfungsi dengan baik, dan juga mesra kesihatan dan alam.

“Jenama kami juga telah membuka peluang perniagaan kepada mereka yang memerlukannya. Sehingga kini, seramai 3,000 stokis dan agen telah berdaftar di bawah Bougas Beauty.

Mereka juga dapat meraih manfaat daripada pelbagai aktiviti pemasaran dan kesedaran kami yang termasuk pengiklanan dan pelantikan artis terkenal sebagai duta Bougas Beauty.

“Walaupun kecantikan itu di mata orang yang melihat dan kita mentafsirkan makna cantik mengikut pandangan masing-masing, kita dapat melihat kejelitaan sejati seseorang dengan cara beliau membawa dirinya di khalayak ramai, dalam keadaan tertekan dan ketika melakukan persembahan.

“Di Bougas Beauty, tumpuan kami adalah untuk menonjolkan keyakinan seseorang wanita dan ini merupakan satu lagi sebab kami memilih tiga wanita yang amat berkebolehan ini untuk menjadi wajah Bougas Beauty.”

– Puan Erni Amanina Amin

Bekas penyanyi dan kini guru sekolah rendah di Melaka, Tasha Manshahar sebelum ini merupakan artis rakaman di bawah FMC Music. Beliau telah menggunakan Bougas Beauty sejak 2017.

“Saya mendapat tahu tentang Bougas Beauty hanya beberapa tahun yang lalu tetapi saya kini bergantung kepadanya sebagai sebahagian daripada dandanan peribadi saya supaya kelihatan terbaik sewaktu bekerja,”

– Tasha, yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki.

Penyanyi, pelakon dan hos Amira Othman terlibat dalam bidang muzik sejak berumur 13 tahun. Selain berlakon dalam filem dan drama, beliau juga mengeluarkan beberapa single sejak 2013 yang termasuk Sesaat Untukku, Hati Hati, Jaga Jaga, Mimpi Indah, Sambil dan Takkan Merubah.

“Saya mempunyai jadual yang sibuk, dan sebab itulah saya bergantung pada rangkaian penjagaan kulit Bougas Beauty supaya kulit saya kekal sihat dan bersih. Ia sangat mudah digunakan dan amat berkesan,” kata naib juara kedua Akademi Fantasia 2013 ini.

– Amira Othman

Penyanyi Wany Hasrita, yang tampil dengan single terbarunya Canggung dan Belenggu Rindu baru-baru ini, adalah artis rakaman FMC Music yang dipilih sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 31 yang berprestij.

Menurut Wany Hasrita menerusi laman akaun Instagram beliau berkata “Kalau korang ingat waktu pkp haritu muka wany breakout naik rashes, wany terus tanya Amira Othman nak pakai apa, dia suruh try Bougas Beauty. Serum dan moisturiser power gila, Terussssss jatuh cinta sampai sekarang!”

“Saya yakin dengan jenama Bougas Beauty kerana kesucian, keberkesanan dan kepercayaan bahawa apa yang penting adalah kejelitaan sejati, yang adalah hasil daripada pelbagai aspek,”

– Wany Hasrita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah & Wan Emir Astar Bakal Nikah Malam Ini

Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil