in , ,

Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Pelawak Kumin KU2 meninggal dunia kira-kira pukul 12.31 tengah hari pada Khamis akibat terjatuh dari katil di rumahnya di Pandan Indah, Selangor. Salam takziah. Al-Fatihah.

Pelawak Kumin atau nama sebenar, Khuzami Ismail, 49, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang, tengah hari tadi. Berita sedih itu disahkan teman baik arwah, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Kumin kira-kira 30 minit lalu.

“Isteri arwah memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.

“Setahu saya, arwah sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat sesak nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.

“Selain itu, arwah berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad,”

– Yank 
Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Namun, ketika ini, Yank belum dapat memastikan bila dan di mana jenazah Allahyarham akan dikebumikan.

“Saya masih menguruskan perkara ini,”

– Yank 
kumin meninggal dunia

Berita duka itu disahkan oleh Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia, Salman Al Farisi yang memaklumkan Allahyarham Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49, dalam keadaan baik sebelum terjatuh dan tak sedarkan diri.

“Kami baru mendapat perkhabaran sedih itu sebentar tadi dan dalam perjalanan ke rumah sewanya untuk menguruskan jenazah.

“Insya-Allah jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar,”

– Salman Al Farisi
Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Ogos lalu Kumin telah dimasukkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang.

Allahyarham dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat Pandan Indah.

Aktif sejak era 1990-an, Kumin dan teman baiknya, Allahyarham Bob Kuman pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali sebagai KU2 yang cukup popular ketika itu. KU2 dianggotai Allahyarham Bob Kuman dan Husni Mohd Rawi.

Kumin KU2 Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Katil

Sepanjang bersama, KU2 menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon, Kumin memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Arwah dan isteri bagaimanapun tidak dikurniakan anak.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wany Hasrita, Amira Othman & Tasha Manshahar Dilantik Duta BOUGAS BEAUTY

Shukri Yahaya Tak Tolak Jika Drama 7 HARI MENCINTAIKU 2 Ada Musim Baru