in ,

Wanna One Kasi Gegar di Konsert Wanna One World Tour

Wanna One Gegarkan Kuala Lumpur Sempena Jelajah Wanna One World Tour di Kuala Lumpur

Peminat K-Pop tanah air bagaikan terkena histeria pada malam tadi. Kemunculan sulung band popular Korea, Wanna One di pentas Axiata Arena bagaikan mimpi menjadi kenyataan kepada para peminat fanatiknya yang dinamakan Wannables.

Ramai peminat akur yang ini adalah peluang terakhir untuk menonton kumpulan ini beraksi bersama dan ianya adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Saat kesemua 11 ahlinya; Yoon Ji-sung, Ha Sung-woon, Hwang Min-hyun, Ong Seong-wu, Kim Jae-hwan, Kang Daniel, Park Jihoon, Park Woo-jin, Bae Jin Young, Lee Dae-hwi dan Lai Kuan-lin memunculkan diri dengan pakaian serba putih dan tarian serasi merasi mereka, yang membuat penonton terus bersorak teruja.

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto5

Pembukaan konsert Wanna One di Kuala Lumpur dimulakan dengan lagu ”Burn it Up” dan diikuti dengan ”NEVER”. Jeritan bertenaga penonton yang majoriti terdiri daripada anak-anak gadis tidak surut didengari sepanjang konsert mereka. Pentas yang memanjang ketengah arena membolehkan peminat untuk bersemuka dengan idola mereka.

Setiap ahli Wanna One diberi peluang untuk menonjol bakat tersendiri, sama ada dari segi tarian ataupun vokal. Mereka tampil menyerlah dengan keunikan vokal yang tersendiri dan kelincahan gerak tari Wanna One dengan kerancakan muzik mereka, benar-benar memukau penonton. Wanna One ternyata berada di standard tersendiri dan tidak keterlaluan untuk menggelarkan mereka sebagai antara penghibur K-Pop terbaik generasi ini.

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto4

Persembahan akustik lagu ”Always”, ternyata pemikat hati peminat apabila suara lantang nyanyian mereka memenuhi arena pada malam itu. Energi yang diberikan para penonton menjadi pembakar semangat Wanna One untuk menghidupkan malam tersebut dengan persembahan lagu rancak mereka seperti ”Energetic”, ”Kangaroo” dan ”Boomerang”.

Selepas persembahan lagu, ”Beautiful”, setiap ahli Wanna One cuba untuk berbahas dalam Bahasa Melayu dengan menyatakan, ”Wannables Malaysia cantiknya”, dan ”awak boleh bertahan” dengan stail masing-masing.

Wanna One menutup tirai dengan lagu ”Pick Me” dan ”Gold”, lagu yang tidak asing kepada peminat yang mengikuti jejak mereka dari mula. Ucapan ‘terima kasih’ dalam Bahasa Melayu dan kata-kata penghargaan pendek, memadai untuk para peminatnya menangis terharu.

Konsert Wanna One di Kuala Lumpur dibawakan oleh YJ Partners dengan kerjasama IMC Live Group (Malaysia). Wanna One akan menerusikan konsert jelajah mereka ke destinasi seterusnya, Hong Kong pada 28 dan 29 Julai 2018; Bangkok pada 4 dan 5 Ogos 2018.

#WannaOneInKL
#WannaOneWorldTourInKL
#YJPARTNERS

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto9

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto8

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto7

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto6

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto3

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto2

Wanna One World Tour In Kl_21July2018_Concertphoto1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Benar Catatan Perjalanan Anggota Komando VAT 69

Iman Troye 2021 | 15

Bintang Media Sosial Pilih Teh Organik ClenxTea