in , ,

Wanita Malaysia Pertama Dijemput Jadi Penyampai di Bursa Saham Hong Kong 

Selepas kemenangan besar Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar, Hari ini, Aliza Ali – CEO kepada Chatime Malaysia, telah mencatat satu lagi pencapaian buat Malaysia! Tahniah!

Menjadi WANITA MALAYSIA PERTAMA yang dijemput sebagai penyampai di Bursa Saham Hong Kong (HKEX). Ini merupakan satu kejayaan bagi anak tempatan, kerana berjaya membawa nama Malaysia sebaris dengan jenama terkemuka dunia seperti ALIBABA dan Yum China (KFC & Pizza Hut). 

Wanita Malaysia Pertama Yang Dijemput Jadi Penyampai Di Bursa Saham Hong Kong

Bermula pada tahun 2011 dengan hanya 2 cawangan Chatime, kini mereka terus berkembang mempunyai lebih daripada 100 cawangan! Aliza Ali juga telah memperkenalkan 3 lagi jenama terbarunya iaitu Hello – frozen yogurt, Hotbox – sausage & fries dan GoBerry – minuman suplemen kesihatan yang bakal dikembangkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Singapura. 

Wanita Malaysia Pertama Yang Dijemput Jadi Penyampai Di Bursa Saham Hong Kong

Sekaligus, membuktikan bahawa beliau terus komited memberikan saingan kepada jenama lain yang berada dipasaran. 

Wanita Malaysia Pertama Yang Dijemput Jadi Penyampai Di Bursa Saham Hong Kong

“Saya bersyukur dengan pencapaian ini. Saya bangga dengan kerja keras, dedikasi, dan pengorbanan yang saya lakukan untuk mencapai ke titik ini.” Tambahnya, “saya juga mengakui bahawa saya tidak dapat melakukannya sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga, sahabat, pasukan dan mentor saya sangat berharga. Pencapaian ini bukan hanya merupakan tonggak peribadi, tetapi juga bukti ketekunan dan tekad. Ini adalah pengingat bahawa, tidak kira betapa menakutkan cabaran yang muncul, kita dapat mengatasinya melalui kerja keras dan fokus yang konsisten.” 

#fromKualaPilahtoHongKong 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SELHAC 2023 Lepasi Sasaran, Menarik Penyertaan Antarabangsa

Amy Search Menitis Air Mata, Kongsi Masalah Kemurungan