in , ,

Wani Syaz Tampil Dengan Tarian Padang Pasir dalam Video Muzik HABIBI

Sekitar dua tahun lalu, bintang Gema Gegar Vaganza, Wani Syaz pernah menerima kecaman gara-gara muzik video lagu Pendusta Cinta yang disifatkan umum sebagai keterlaluan.

Pernah di kecam kerana cubaan menari di dalam muzik video lagu berjudul Pendusta Cinta sebelum ini, namun kecamana itu membuatkan penyanyi Wani Syaz atau nama sebenarnya Nursyazwani binti Selamat,23 lebih dikenali ramai.

Semuanya disebabkan cubaan pemilik nama sebenar Nursyazwani Selamat, 23, itu menari yang disifatkan umum sebagai bertentangan dengan imejnya yang berhijab.

Begitupun, situasi itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus bereksperimen dengan sesuatu yang baharu.

Wani Syaz

Buktinya, kini pelantun lagu hit Alhamdulillah itu kini muncul dengan sebuah lagi buah tangan baharu buat peminatnya sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya.

Lari daripada genre kebiasaan, Wani kini mencuba nasib mempertaruhkan lagu irama padang pasir dengan sentuhan moden berjudul Habibi.

Kembali mengubati kerinduan peminat meskipun negara berada dalam norma baharu, Wani telah berkongsi secara rasmi single nya yang ke-9 yang telah pun dimuatnaik di saluran youtube FMC Music.

Wani Syaz

Mempertaruhkan lagu padang pasir dengan sentuhan moden,Habibi merupakan lagu ciptaan dan lirik oleh DJ Fuzz, Aziquebeats dan Waris. Malah lagu ini juga merupakan gandingan kedua Wani bersama Waris.

“Sebagai anak seni saya kena berani mencuba walaupun hakikatnya saya memang sedikit malu pada awalnya, tetapi bila dah cuba saya rasa selesa dan best pula. 

“Jika tak cuba saya tak akan keluar dari zon selesa saya, bimbang nanti peminat akan bosan,”

– Wani Syaz

Menurut Wani, dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu irama sebegini kerana irama padang pasir yang diterapkan sentuhan moden seperti ini merupakan genre kegemaran dan dikatakan sangat bersesuaian dengan vokalnya.

Wani Syaz

Ujarnya, naskhah tersebut merupakan lagu gandingannya bersama penyanyi rap Waris.

“Moga-moga lepas tonton muzik video Habibi ini nanti, tiada yang akan kecam saya. Berilah peluang saya keluar dari kotak dan zon selesa. 

“Kalau boleh, pada masa akan datang saya nak cuba genre yang jauh lebih berbeza supaya saya dapat buktikan dan cabar kemampuan vokal,”

– Wani Syaz

Dalam pada itu ,Wani turut berharap Lagu Habibi ini mendapat tontonan yang lebih tinggi berbanding muzik video Pendusta Cinta yang telah mencecah 26 juta tontonan.

Sejak dimuatnaik, lagu ini mendapat respon yang cukup positif daripada peminat malah ada diantaranya teruja untuk melihat Habibi masuk ke Anugerah Juara Lagu (AJL) kelak.

Sebelum ini, muzik video Pendusta Cinta yang menerima kecaman umum mencatatkan lebih 26 juta tontonan di Youtube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Puas SPRM Tahan 40 Pegawai Imigresen Palsukan Cop Sempadan

Betul Ke Rossa Ganti Bunga Citra Lestari Jadi Juri Indonesian Idol?