in , ,

Betul Ke Rossa Ganti Bunga Citra Lestari Jadi Juri Indonesian Idol?

Program realiti Indonesian Idol masih tersenarai sebagai program popular dalam kalangan peminat di negara itu. Selepas Indonesian Idol musim ke-10 tamat, RCTI kembali dengan Indonesian Idol ‘special season’ yang menampilkan juri terdiri daripada Maia Estianty, Anang Hermansyah, Ari Lasso, Judika dan Datuk Seri Rossa.

Kehadiran Rossa sebagai juri di program Indonesian Idol musim ke-10 yang bersiaran pada Isnin menimbulkan spekulasi mengatakan penyanyi itu kini menggantikan tempat selebriti sebelum ini iaitu Bunga Citra Lestari.

Memetik laporan KapanLagi.com, Rossa tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ia bukan kali pertama dia dijemput sebagai juri dan turut terlibat dalam proses pencarian bakat program itu.

“Saya tidak menggantikan BCL, mungkin kerana ini special season dan Bunga masih ingin meluangkan masa di rumah, akhirnya saya dipanggil semula untuk menjadi juri,”

– Rossa

Rossa bukan kali pertama terbabit sebagai juri program ini, malah penyanyi yang baru tampil dengan single Masih ini turut terbabit pada peringkat awal proses pencarian bakat program itu.

Dia melihat tugasnya bukan sekadar satu pekerjaan tetapi berpeluang untuk menjadi saksi kepada bakat-bakat yang ada pada idola baru.

Musim kali ini, Rossa turut bersama Maia Estianty, Anang Hermansyah, Ari Lasso dan Judika sebagai para juri program realiti tersebut.

Dalam pada itu, Rossa menganggap menjadi juri ini bukan hanya suatu pekerjaan tetapi berpeluang untuk menjadi saksi kepada bakat-bakat yang ada pada idola baru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wani Syaz | 18

Wani Syaz Tampil Dengan Tarian Padang Pasir dalam Video Muzik HABIBI

Cik B 2020 | 19

Makin Menyerlah Dengan Gaya Rambut Kerinting, Cik B Persis Model Antarabangsa