in , ,

Wani Kayrie Tutup Komen Elak Perbalahan & Kecaman

Ada sebab mengapa pelakon dan penyanyi, Wani Kayrie menutup ruangan komen di Instagram (IG) gara-gara kontroversi video TikTok, baru-baru ini.

Wani menjelaskan, dia bertindak demikian bagi mengelak perbalahan antara netizen iaitu rakyat tempatan dan luar negara, rentetan daripada kisah sensasi itu.

“Saya sedar isu ini tular hingga ke luar negara. Saya tidak mahu rakyat Malaysia dan orang luar terus bergaduh.

“Saya bukan hendak lari daripada khilaf. Cuma saya tidak mahu menanggung dosa orang lain.

“Sebab itulah saya tutup ruangan komen dan mengaktifkan ‘private’ bagi akaun IG saya.”

– Wani Kayrie

Sabtu lalu, niat Wani berkongsi klip video tarian dengan wajah disolek hitam melalui aplikasi TikTok sebagai hiburan, membawa padah apabila dikecam netizen.

Wani enggan lagi berkongsi foto daripada penggambaran drama Dayang Senandung yang sedang dalam pembikinan. Foto IG Wani Kayrie
Wani enggan lagi berkongsi foto daripada penggambaran drama Dayang Senandung yang sedang dalam pembikinan. Foto IG Wani Kayrie

Wani atau nama sebenar, Syazwani Abdullah, 20, dituduh tidak sensitif dan bersikap perkauman melalui video yang didakwa dirakam pelakon dan penyanyi itu ketika menjalani penggambaran drama, Dayang Senandung, terbitan Zeel Production Sdn Bhd.

Tambah hangat, petisyen mendesak penerbitan drama terbabit dihentikan gara-gara video tular itu, diwujudkan. Sehingga kini, lebih 3,000 tandatangan sudah terkumpul.

Isu Wani hangat ketika dunia kecoh dengan kes pembunuhan lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai George Floyd, ketika ditahan polis di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS), bulan lalu.

Wani kesal biarpun sudah memohon maaf, ada pihak tidak menerima penjelasan dibuat. Namun, tambah Wani, masih ada pihak yang menyokongnya.

“Saya lihat selepas beberapa hari permohonan maaf dibuat, makin ramai rakyat Malaysia yang menyokong kisah rakyat Dayang Senandung.

“Syukur ada pihak memahami kerja anak seni. Mereka yang tidak boleh terima cerita Dayang Senandung ini, itu pilihan mereka.

“Jika mereka hendak menganggap saya dan Syarikat Zeel Production rasis atau apa sekalipun, terpulanglah,”

– Wani Kayrie

Wani berkata, penggambaran drama Dayang Senandung berbaki seminggu.

Selesai tugasnya, Wani akan menyambung pengajian peringkat ijazah undang-undang dan perdagangan di salah institusi pengajian tinggi (IPT).

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bantu Wanita Susah Dengan Celepets Care

Emelda Rosmila Tuntut Lebih RM1Juta daripada Zarina Anjoulie