in , ,

Wang Tunai RM80,000 Untuk Dimenangi Menerusi Peraduan Berwang Suria Celllora Di Suria FM! 

Rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM80,000 dengan hanya meneka nama lagu dan nama penyanyi menerusi peraduan Berwang Suria Celllora di Suria FM bermula pada 14 Februari ini sehingga 1 April 2022.

Dengarkan klip audio “Berwang Suria Celllora” di dalam lagu-lagu yang dimainkan dari sepanjang hari bermula jam 6.00 pagi menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta dan kenal pasti tajuk lagu dan nama penyanyinya.

Selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel dan #BerwangSuriaCelllora ke WhatsApp Suria 017-8961053. 

Penghantar WhatsApp ke-5 akan dihubungi oleh penyampai Suria dan mereka perlu memberikan jawapan nama tajuk lagu dan nama penyanyi dengan tepat dalam masa 10 saat. 

Berwang Suria - Poster

Wang tunai RM150 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya. Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus. 

Jika anda bukan penghantar WhatsApp terpilih, anda boleh merebut peluang menangi RM150 menerusi peraduan Teka Abear Karok di media sosial Suria Malaysia sepanjang 16 Februari sehingga 3 April 2022. 

Penyampai Suria Fm

Ikuti akaun Instagram Suria Malaysia dan nantikan video Teka Abear Karok yang akan dimuat naik dua kali seminggu secara rawak. 

Ikuti langkah dibawah untuk dipilih sebagai pemenang. 

1. Like video Teka Abear Karok pada hari tersebut.

2. Share video tersebut di Insta Story anda.

3. Teka judul lagu dan nama artis di ruangan komen.

4. Penghantar komen terpilih dengan jawapan yang betul akan dipinkan di ruangan komen.

5. Pastikan akaun Instagram anda dalam mod ‘Public’. 

Berwang Suria - Cara-Cara Sertai

Berwang Suria Celllora ditaja oleh Celllora Skincare, sebuah jenama produk kecantikan berkualiti tinggi yang menggunakan teknologi Collagen Inducing Growth Factor (CIGF) di dalam rangkaian produk AgeBlock serum dan sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. 

Kini Celllora sedang mempromosikan Celllora Acne Set yang boleh membantu memulih dan menghentikan jerawat seawal tiga hari. Layari Instagram Celllora untuk maklumat lanjut. 

Kekal dirumah dan tetap berhibur bersama Suria Malaysia dengan memuat turun dan melanggan aplikasi Suria Malaysia di App Store dan Google Playstore. Layari laman web suria.my dan akaun media sosial Suria Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farahdhiya Denis | 21

Farahdhiya Berkolaborasi Dengan Rapper Korea Selatan, Denis Dalam Single Terbaharu Berjudul TEWAS

Daiyan Trisha | 22

Sinopsis Drama TETUAN ANG & RAHIMIN Lakonan Daiyan Trisya & Ben Amir