in , ,

Sinopsis Drama TETUAN ANG & RAHIMIN Lakonan Daiyan Trisya & Ben Amir

Drama rantaian ‘Tetuan Ang & Rahimin’ merupakan hasil terbitan KL Motion Pictures Company Sdn. Bhd. mengisahkan selok-belok dalam dunia guaman yang jarang dipertengahkan dalam industri drama tempatan kita.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan dunia guaman yang banyak pancarobanya, apatah lagi jika peguamnya muda dan tidak berpengalaman. Saksikan peguam baru, Budi yang cuba menyesuaikan diri dalam dunia guaman yang baru dan dalam masa yang sama cuba untuk menyatukan Rahimin & Ang dalam menyelamatkan firma mereka daripada bekerja dengan ketua samseng. Mampukah Budi mengharungi cabaran kes-kes firmanya serta karenah anak-anak guamnya?

Drama Tetuan Ang &Amp; Rahimin

Drama yang berlatarbelakangkan undang-undang ini dibintangi pelakon sensasi Daiyan Trisha sebagai Budi dan Ben Amir sebagai Rahimin serta pelakon berpengalaman, Rashidi Ishak sebagai Ang. Drama ini turut didukung oleh Anita Baharom dan Ellyas Abdullah. Manakala gandingan Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin pula menggalas tugas sebagai pengarah. 

Drama ‘Tetuan Ang & Rahimin’  akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 14 Februari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Norzeha Mohd SallehPengurus Saluran Astro Ria

“Kami rasa berbangga kerana diberi peluang untuk memaparkan genre yang berlainan pada kali ini. Genre yang berlandaskan undang-undang jarang sekali mendapat perhatian. Lantas, drama rantaian ‘Tetuan Ang & Rahimin’ ini unik dan bakal menarik minat bukan sahaja di kalangan peminat-peminat drama, tetapi mereka yang berkerjaya profesional.  Tarikan ini mampu memperluaskan tontonan slot jam 11 malam.”

“Barisan pelakon sememangnya hebat-hebat belaka. Gandingan Daiyan Trisha dan Ben Amir sesungguhnya mampu menarik perhatian dan minat terutamanya daripada golongan muda. Apatah lagi kedua-dua mereka memegang watak yang berlainan atau berbeza dengan watak-watak yang biasa mereka mainkan. Daiyan selalu memainkan watak remaja atau pelajar tetapi kali ini dia memegang watak seorang peguam muda yang cuba menyesuaikan diri dalam dunia guaman. Mankala Ben Amir selalu dikaitkan dengan watak hero atau jejaka romantis. Menerusi drama ini, dia memegang seorang watak seakan-akan antagonis yang licik pesonanya.”

“Kami berharap para penonton terhibur dengan hasil karya terkini kami sekaligus mendalami dunia guaman di Malaysia yang banyak pancaroba serta ragamnya. Kelainan seperti inilah yang kami ingin terapkan setiap kali pihak kami mengeluarkan drama-drama baharu.”

Drama Tetuan Ang &Amp; Rahimin

Wan HaslizaPengarah Tetuan Ang & Rahimin

“Drama kami pada kali ini memang lain daripada genre yang biasa kami lakukan. Setiap pihak memberikan usaha yang banyak untuk memastikan penggambaran drama ini dilakukan dengan lancar. Memandangkan penggambaran drama ini dilakukan ketika musim Covid, kebanyakkan lokasi yang dalam perancangan tidak dapat digunakan terutamanya mahkamah. Lantas, kami mengambil inisiatif untuk membina set mahkamah kami sendiri di sebuah studio dan mengunakan sebuah sekolah di Sendayan, Seremban sebagai set luaran mahkamah tersebut.”

“Selain daripada lokasi, kami juga menghadapi cabaran apabila kru dan bahagian pelakon dijangkiti Covid dan perlu menjalani kuarantin yang berlarutan selama 16 hari. Adegan-adegan membabitkan mahkamah memerlukan pelakon tambahan yang ramai. Jadi, untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini daripada berlaku, kami terpaksa menggunakan adegan yang sama untuk mengekalkan keaslian adegan tersebut.”

“Apa yang menarik dalam drama rantaian ‘Tetuan Ang & Rahimin’ ini adalah keserasian antara semua watak. Mereka semua mempunyai persahabatan yang sangat serasi termasuk pelakon-pelakon tambahan atau ekstra kami. Mereka bukan sahaja memaparkan bakat lakonan yang hebat. Malah, mereka juga dilihat sebagai satu kumpulan pelakon yang berpotensi untuk menjadi lebih terkenal.”

“Drama ini mempunyai jalan cerita dan karenah karakter-karakter yang menarik yang pasti akan membuat penonton lebih tertarik untuk menonton. Seperti karakter Daiyan Trisha yang jatuh cinta dengan kliennya sendiri dan watak Rashidi Ishak yang mempunyai jalan cerita menarik apabila dia mempunyai sebuah insiden yang membuatkan dia takut untuk masuk ke mahkamah. Manakala, Ben Amir pula memegang watak sebagai seorang ‘womanizer’ dan tidak kisah tentang orang lain. Dengan riak wajah yang sombong tetapi mempunyai kisah keluarga yang manis, watak Ben pastinya mampu menarik hati ramai penonton-penonton di Malaysia. Tidak lupa juga kepada pelakon Ellyas Abdullah yang membawa watak yang gempak dan semuanya perlu ditonton di dalam drama ini.”

KL Motion Pictures membina sebuah replika bilik mahkamah di studio khusus untuk drama ini. 

  • Tetuan Ang & Rahimin berkisar dalam dunia fiksyen yang dipanggil BandaMega yang pertama kali diwujudkan dalam rantaian drama bersiri popular iTanggang, yang sebelum ini bersiaran di saluran Astro Citra (Astro Originals).
  • Dua orang peguam dilantik untuk membantu dalam memberikan pihak produksi konsultasi, buah fikiran dan pendapat serta memberi panduan berkaitan dengan undang-undang. Ini bagi memastikan jalan penceritaan yang ditampilkan pihak produksi sentiasa berada di landasan yang betul.
  • Walaupun sebahagian besar drama ini berlandaskan undang-undang, siri ini turut memberi fokus terhadap kisah percintaan Budi dan Rahimin masing-masing dengan menggunakan prosiding undang-undang sebagai plot untuk mengukuhkan hubungan watak-watak tersebut.
  • Hujahan undang-undang sering digunakan untuk meneroka pelbagai sisi kes-kes sosial.
  • Penggambaran drama ini dilakukan di sekitar Negeri Sembilan, Nilai dan di Selangor dalam durasi 60 hari (tidak termasuk kuarantin).
Drama Tetuan Ang &Amp; Rahimin

Pecahan Watak Drama ‘TETUAN ANG & RAHIMIN’

DAIYAN TRISHA sebagaiBudi

BEN AMIR sebagai Rahimin

RASHIDI ISHAK sebagaiAng

ANITA BAHAROM sebagaiKak Sal

ELLYAS ABDULLAH sebagaiShauki

LOGLINE DRAMA ‘TETUAN ANG & RAHIMIN’

Sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian, apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.   

SINOPSIS DRAMA ‘TETUAN ANG & RAHIMIN’

Sebuah firma guaman berhadapan dengan masalah kewangan apabila Karina membuat keputusan untuk meninggalkan firma tersebut dan membawa klien mereka bersamanya. Peguam muda dan baru, Budi, berusaha untuk membantu peguam Ang & Rahimin supaya firma mereka dapat terus beroperasi. Suasana menjadi huru-hara apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dj Lin | 20

Wang Tunai RM80,000 Untuk Dimenangi Menerusi Peraduan Berwang Suria Celllora Di Suria FM! 

Sharifah Rose | 21

Drama 3 NOTA CINTA Lakonan Ashraf Muslim & Sharifah Rose di TV3