in

Wan Syahrina Jadi Pengacara Rahsia Anatomi di TV1

PROGRAM MAJALAH KESIHATAN: RAHSIA ANATOMI, SETIAP SELASA, JAM 9.31 PAGI MENEMUI PENONTON TV1 MULAI 7 JULAI 2009

Masyarakat kita seringkali memandang sepi soal kesihatan meskipun pelbagai kempen dijalankan samada dari pihak kerajaan mahupun NGO (Badan Bukan Kerajaan) untuk menjunjung kata, lebih baik mencegah daripada mengubat. Sekurang-kurangnya penyakit yang berkemungkinan dihidapi seseorang itu dapat dielakkan sebelum ianya bertambah mudarat. Malah bebanan kos pembedahan atau mengubati penyakit dapat dielakkan.

Mengambil kira soal itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mahu berkongsi kesedaran itu dengan penonton setianya sebuah program berbentuk majalah kesihatan, Rahsia Anatomi disiarkan mulai 7 Julai 2009 pada setiap Selasa, jam 9.31 pagi di TV1.

Diterbitkan oleh syarikat Multi Utama (M) Sdn Bhd ini mengundang doktor pakar, Prof Madya Dr. Faizah Othman (Ketua Jabatan Anatomi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) yang berkongsi maklumat kesihatan tentang sesuatu topik yang dikupas saban minggu ini.

Episod pengenalan mengenai Rahsia Anatomi bermula dari sudut pandangan pakar anatomi dan ahli agama berkaitan anatomi manusia ini yang sememangnya menyumbang kepada maklumat berguna kepada masyarakat untuk mengambil berat soal organ-organ yang kurang dititik beratkan dalam kehidupan seharian. 

Kemudiannya episod setiap minggu daripada 13 episod ini akan merungkai dengan lebih mendalam lagi soal otak dan penerangan mengenai otak dan fungsi-fungsinya.

Menyusul menerusi episod-episod seterusnya yang akan memberikan penerangan pula mengenai fungsi-fungsi organ manusia melibatkan soal ginjal (buah pinggang), jantung (Kardiovaskular 1), darah, tulang, pernafasan, saraf, kulit, sistem pencernaan dan sistem otot manusia yang diyakini dapat menyuntik kesedaran masyarakat terhadap kesihatan yang perlu dititik beratkan dalam diri mereka.

Pengacara Rahsia Anatomi iaitu Wan Syahrina Wan AB Rahman akan mengendalikan program berbentuk majalah yang berguna untuk setiap individu ini sepanjang setengah jam siarannya.
 
Untuk itu, usah ketinggalan menyaksikan Rahsia Anatomi disiarkan mulai 7 Julai 2009 pada setiap Selasa, jam 9.31 pagi di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurul Lancar Album Terbaru Tika Cinta

Rama Rama Kiya Hai Dan Sorry Bhai di TV2