in ,

Wan Hanafi Su Risau Kurang Tawaran Lakonan Selepas Menang Anugerah

Menjulang trofi anugerah bukan sesuatu yang mudah, seseorang pemenang itu mungkin akan rasa dua perkara, samada penerbit tak nak ambil dia berlakon sebab bayaran akan dinaikkan atau samada seseorang pemenang itu merasakan dirinya mahal dan akan memilih watak tertentu sahaja. Namun bagi pelakon Wan Hanafi Su mengakui berasa risau apabila kejayaannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) pada Sabtu lalu akan membuatkan para penerbit tidak berani menawarkannya sebarang kerja lakonan.

wan hanafi

Aktor berusia 63 tahun itu memenangi anugerah tersebut menerusi drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.

Wan Hanafi menganggap, penerbit-penerbit drama mahupun filem sering memberi persepsi bahawa setiap pelakon yang memenangi trofi akan menaikkan lagi harga bayaran dalam sesebuah tawaran lakonan yang diberi.

“Ada sesetengah penerbit, apabila seseorang pelakon itu meraih kemenangan dalam sesebuah acara anugerah, mereka mula takut untuk mengambil pelakon itu untuk berlakon kerana risau harga yang dikenakan mungkin terlalu tinggi. Dan kemenangan yangs aya terima ini juga sedikit sebanyak memberi kerisauan dalam kegembiraan.”

Wan Hanafi tetap akan menaikkan harga bayarannya, mengikut kesesuaian pengiktirafan yang diraih.

Bagi pelakon filem Bunohan itu, setiap anugerah yang diraih melambangkan pengiktirafan dan peningkatan taraf pendapatan dimana pada masa akan datang, hasil kerja lakonan juga mestilah setimpal dengan nilai harga bayaran yang diterima.

“Setiap pengiktirafan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap kita. Dan menjadi tanggungjawab seseorang pelakon yang meraih kejayaan untuk memberikan hasil kerja yang lebih baik berbanding sebelumnya. Dan pada masa sama, harga bayaran juga mesti dinaikkan setimpal dengan pengalaman dan pengiktirafan yang diperoleh. Bagaimanapun, saya bukanlah seorang pelakon yang meletakkan nilai harga yang sangat tinggi, tetapi cukuplah ia menunjukkan sedikit perbezaan pendapatan.”

Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon berkaliber ini. Semoga akan mencipta banyak lagi kejayaan di tahun akan datang.

Budiey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dream Comes True Cardiff City FC vs Manchester United Live

Peningkatan Mendadak Jumlah Penumpang di LCCT Masa Cuti Sekolah