in , ,

Ada Sebab TV3 & TV9 Ubah Waktu Siaran Slot Drama

Stesen TV3 dan TV9 telah membuat beberapa rombakan kepada slot drama dan waktu siaran untuk memperkukuhkan lagi kedudukan kedua-dua stesen pada tahun 2016.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Mohamed Nordin berkata:

“Setiap tahun pasti ada perubahan yang dilakukan untuk kedua-dua stesen ini mengikut perubahan semasa dan juga memenuhi kehendak serta keinginan penonton setia kami. Perubahan ini merupakan strategi kami dan memberi peluang kepada setiap drama yang ditayangkan terus mendapat perhatian penonton setia kami.

Kami perlu sentiasa melakukan improvisasi untuk kekal menjadi penggerak industri dan relevan tambahan lagi terpaksa bersaing dengan pelbagai medium siaran. Apabila hari siaran untuk setiap slot ditambah ianya dapat memberi lebih kepuasan untuk penonton sentiasa mengikuti setiap drama tanpa perlu menunggu lama dan mengekalkan momentum populariti sesebuah drama itu”.

Antara lima slot utama di TV3 membuat pertukaran bersempena tahun 2016 ini di mana empat slot akan berkongsi waktu siaran. Contohnya seperti slot Aksi dan Samarinda yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu yang akan bersilih ganti bertukar mengikut drama. Begitu juga dengan slot Lestary dan slot Zehra.

SLOT WAKTU SIARAN 2015 PERUBAHAN WAKTU SIARAN 2016

 

SAMARINDA

 

Selasa, 10 malam –        Isnin hingga Rabu, 10 malam

è Cinta Hati Abah (19 Jan – 23 Feb) Pelakon: Esma Daniel, Zara Zya, Nonny Nadhirah, Sweet Farhana, Afiq Muiz, Ben Amir, Idris Khan, Laila Nasir

 

AKSI

 

 

Selasa, 10 malam

–        Isnin hingga Rabu, 10 malam

è Bodyguard (24 Feb – 11 April)

Pelakon: Fattah Amin, Azrel Ismail, Idris Khan, Sabhi Sadhi, Lan Siro DFKL, Faradhiya

LESTARY

 

 

 

 

 

 

Rabu dan Khamis

è Cik Cinderella dan Encik Tengku

–        Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam

è Married Tapi Benci (24 Feb – 23 March)

Pelakon: Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Cat Farish

ZEHRA Jumaat, 9 malam –        Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam

è Cinta Teruna Kimchi (22 Jan -19 Feb)

Pelakon: Nazim Othman, Johan As’ari, Risteena, Zulkifli Ismail, Kuza, Sheila Mambo

 

PEARL SCREEN Isnin, 10 malam –        Khamis, 10 malam
DAHLIA Sabtu dan Ahad, 7 petang –        Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang
SINETRON Isnin hingga Khamis, 2 petang –        Isnin hingga Khamis, 4 petang
TV9
Slot WAKTU SIARAN 2015 PERUBAHAN WAKTU SIARAN 2016

 

AZALEA Terdahulu di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang. Di TV9, Selasa hingga Jumaat, jam 8.30 malam

è Menongkah Kasih (26 Jan – 1 Mac) Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Zarina Zainuddin dan Beego.

*Di TV3, Isnin hingga Khamis, jam 2 petang (ulangan)

Terdahulu, slot Samarinda telah bersiaran pada setiap khamis dan Jumaat, manakala Aksi pula setiap hari Selasa. Untuk tahun ini slot Samarinda dan Aksi akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu. Bermula 2016, drama Aku Pilih Kamu yang sedang ditayangkan ketika ini telah ditukar siarannya kepada hari Isnin hingga Rabu.

Seterusnya, drama Cinta Hati Abah untuk slot Samarinda akan mula bersiaran pada 19 Januari ini hingga 23 Februari. Kemudian, slot Aksi pula akan mengambil alih dengan drama terbaharu iaitu Bodyguard bermula 24 Februari.

Jika sebelum ini, slot Lestary bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, manakala Zehra pula pada setiap hari Jumaat. Untuk tahun 2016 ini, slot Lestary dan Zehra akan bersiaran selama tiga hari iaitu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.

Dua slot ini akan turut bersilih ganti. Sejurus drama slot Lestary Cik Cinderella dan Encik Tengku tamat pada 21 Januari ini, drama slot Zehra iaitu Cinta Teruna Kimchi akan mengambil alih siaran slot bermula 22 Januari hingga 19 Februari. Kemudian, drama Married Tapi Benci bagi slot Lestary akan kembali bersiaran pada 24 Februari nanti.

Sementara itu, TV9 kini mengambil alih slot Azalea yang mana terdahulu disiarkan di TV3. Kini, slot Azalea akan menggantikan slot Ratu dan akan disiarkan pada setiap Selasa hingga Jumaat pada jam 8.30 malam dan ulangannya akan disiarkan tujuh hari kemudian di TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 2.00 petang.

Drama pertama yang akan disiarkan menerusi slot Azalea di TV9 ialah Menongkah Kasih yang akan mula bersiaran 26 Januari ini setiap hari Selasa hingga Jumaat.


Untitled

PRINTADS MENONGKAH KASIH HARIAN METRO

Untitled

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fareez Anak Fauzi Nawawi Kini Protege Hazama Mentor Milenia

Persiapan Majlis Nikah Akim Ahmad & Stacy