in , ,

Wak Doyok Terpaksa Akur Butik Ditutup, Lelong Baju Serendah RM1

Semenjak Covid-19 melanda dunia, banyak syarikat dan pekerja hilang punca mata pencarian. Terbaharu, usahawan yang merupakan juga personaliti fesyen terkenal, Wak Doyok difahamkan terpaksa menutup butik Starvilion miliknya di Seksyen 7, Shah Alam.

PENGACARA dan ikon fesyen popular, Wak Doyok, 41, akur terpaksa membuat keputusan berat menutup perniagaan butik pakaian Starvilion di Seksyen 7, Shah Alam yang diusahakannya sejak tiga tahun lalu. Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor berkata, walaupun sedih dengan keputusan diambil tetapi dia kena kuat semangat demi puluhan kakitangan setianya yang sudah bersama-sama selama ini.

“Sedih rasa di hati tapi saya kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan saya selama tiga tahun di butik ini. Susah bila keadaan terus menduga macam ini.

“Saya nak bagi perintah tutup syarikat pun sedih, tak sampai hati. Tapi, saya minta mereka cuba sekali lagi, jualan yang terakhir dari butik kami khas untuk pelanggan yang tak jemu-jemu sokong selama ini.

“Koleksi yang kami ada semua memang elok dan cantik. Saya terpaksa lelong semua ini,”

– Wak Doyok
Wak Doyok Terpaksa Akur Butik Ditutup, Lelong Baju Serendah RM1

Menurut Wak Doyok lagi dia juga akan memberikan secara percuma 5,000 pasang baju Melayu Wak Doyok secara percuma di butik tersebut atau menerusi website mereka. Difahamkan jualan lelong ini adalah untuk semua koleksi Starvilion dengan serendah RM1 bermula pada hari ini 24 Jun hingga 5 Julai ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Wak Doyok memakkumkan jualan lelong penghabisan semua stok di butiknya berlangsung mulai hari ini hingga 5 Julai ini dengan harga serendah RM1.

Menurutnya, jualan lelong dibuat meliputi semua stok pakaian yang ada di butik untuk dihabiskan. Malah, dia juga akan sedekahkan sebanyak 5,000 pasang baju Melayu Wak Doyok.

“Kepada petugas barisan hadapan, jangan lupa jika datang ke butik bawa ID (kad pengesahan diri) masing masing, ada harga istimewa untuk anda semua dapatkan baju Melayu secara percuma.

“Kita tutup dulu (Starvilion). Insya-Allah kita akan bangkit semula dengan hala tuju yang baru. Doa-doakan saya dan pasukan,” katanya.

– Wak Doyok

Selain itu, Wak Doyok turut berkongsi pengikutnya yang ‘tag’ 11 rakan di ruangan komen akan menerima 11 pasang baju Melayu percuma sebagai tanda terima kasih di atas perkongsian dibuat.

Apapun, pemilihan pemenang bertuah dibuat secara rawak setiap hari sepanjang tempoh lelongan berkenaan berlangsung.

Di saat “peperangan” melawan penyakit Covid-19, Wak Doyok tidak terlepas peluang untuk menghargai jasa frontliners. Katanya, hanya perlu membawa ID masing-masing dan ada harga special kepada mereka.

Semoga Wak Doyok tabah dan bangkit semula pada masa depan..

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Sekarang Masa Untuk Cari Duit,” – Rozita Che Wan

Apple Bakal Perkenalkan AirPods 3 Awal Tahun 2021