in

Peniaga Bundle Ini Tertidur Ketika Live, Sekali View Terus Naik Mencanak

Masa zaman PKP ini rata rata peniaga akan menjual barang dengan apa kaedah sekalipun. dan salah satu kaedah yang digemari para penjual adalah dengan membuat LIVE.

Samada LIVE di Facebook atau Instagram, cara ini lebih mudah untuk mereka membuat jualan apabila produk ingin dijual boleh dilihat secara terus untuk bakal pembeli.

Sebelum ini tular satu kisah dimana seorang makcik yang buat LIVE pada waktu pagi dalam pukul 1 pagi. Kisah beliau menjadi tular apabila ada yang membeli baju makcik itu siap bersedekah.

Tapi berbeza pula dengan kisah brader ini. Ketika sedang buat LIVE jualan pakaian terpakai atau bundle, tiba tiba dia boleh tertidur.

Apa yang menariknya, ketika dia tidur jumlah tontonan naik mendadak sehingga mencecah 1 ribu tontonan pada satu masa.

Peniaga Bundle Ini Tertidur Ketika Live, Sekali View Terus Naik Mencanak
Kesian pulak tengok tertidur

Apa yang menarik, lelaki tersebut turut berdengkur dan ramai yang mulai bersa kasihan serta meminta sesiapa yang mengenalinya untuk menghubungi peniaga tersebut bagi menutup live di Facebook.

Walaupun ramai yang berasa terhibur dengan momen tidak disengajakan itu, ada juga yang bersimpati dengan usaha gigihnya mencari pendapatan sehingga tertibur.

Abang ni dah bangun ke belum?

Peniaga Bundle Ini Tertidur Ketika Live, Sekali View Terus Naik Mencanak

Untuk mencapai kekayaan sememangnya mempunyai pelbagai cara untuk digunakan. Malah ia terpulang kepada diri kita sendiri samada ingin mencari rezeki melalui cara yang haram ataupun halal. Berikut adalah antara tips untuk mencari rezeki yang halal untuk mencapai kekayaan.

Kita perlu berusaha dan bekerja dengan istiqamah. Bagi mencari rezeki yang halal, kita perlu berusaha gigih dan tekun yang luar biasa.Usaha kita mencari kegemilangan mesti sentiasa berterusan dan tidak hanya sekerat jalan. Tekad dan usaha sebeginilah yang kita namakan istiqamah. Perkataan istiqamah dirujuk daripada perkataan arab yang bermaksud berterusan dan berkekalan.

Ada juga yang menyebutnya istimrar yang bermaksud sebagai istiqamah. Umpamanya, sesuatu amalan itu dianggap sebagai istiqamah jika dilakukan dengan cara berpanjangan, tekun, ikhlas dan sabar.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan bahawa amalan yang dianggap sebagai amalan terpuji ialah amalan yang dilakukan secara istiqamah. Ini kerana istiqamah adalah wasilah yang akan membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat..

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wak Doyok Nafi Ada Kaitan Dengan Syarikat Perjudian

FOLIO CINTA Fiena Menjadi Penamat Kepada Kisah Lagu Hit TUHAN JAGA DIA UNTUKKU