in ,

Wak Doyok Terkejut Tercalon Kategori Pengacara TV Popular ABPBH29

Budiey nak ucapkan tahniah buat fashiionistas terkenal, Wak Doyok yang telah tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular dan satu lagi iaitu kategori Pengacara TV Popular ABPBH29. Wak Doyok hadir majlis pengumuman finalis Anugerah Bintang Popular (ABPBH29), bertempat di Balai Berita NST, pada Rabu lalu dan meluahkan rasa terkejut kepada media yang hadir.

Wak Doyok bakal bersaing dengan empat pengacara wanita iaitu Neelofa, Sherry Alhadad, Hazlin Hussein dan Izreen Azminda menerusi kategori Pengacara TV Popular ABPBH29. Sesuatu yang di luar jangkaan.

MAN_5183

Terbaru, Budiey baru sahaja menonton filem BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE bersama Wak Doyok pada hari Rabu lalu di GSC Mid Valley. Hadir bersama teman istimewanya, Azrinaz Mazhar Hakim dan juga manager beliau Acap.

Mengulas mengenai pencalonannya dalam kategori Pengacara TV Popular, Wak Doyok berkata dia sangat terkejut dan sama sekali tidak menyangka kerana kariernya lebih kepada bidang fesyen manakala pengacaraan sekadar minat.

Katanya, kejayaan menempatkan diri dalam senarai Top 5 membuktikan penonton menerima cara dan pendekatan yang ditonjolkan sepanjang mengacara seperti menerusi program terbitan TV9, Ke Korea ke Kita dan Ke Indonesia ke Kita.

“Terperanjat saya bila nama saya dalam kategori itu sebab rasanya macam dah tersimpang jauh kerana bidang saya ialah fesyen. Saya hairan juga lah, dari mana datangnya pengundi-pengundi saya ini kerana kalau nak diikutkan saya tidak mempunyai kelab peminat melainkan pengikut-pengikut hanyalah di laman sosial seperti di Instagram dan Twitter.

“Saya rasa diri saya ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan pengacara hebat seperti Dato AC Mizal, Datuk Aznil dan Fara Fauzana yang mana mereka sudah seringkali memenangi anugerah. Justeru saya tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana tercalon dalam Top 5 ini pun sudah buat saya rasa terharu.

“Saya sangat bersyukur walaupun saya baru tiga tahun dalam pengacaraan tetapi saya diterima penonton terutama sejak mengacarakan pKe Korea ke Kita dan Ke Indonesia ke Kita. Saya difahamkan program tersebut antara program travelog yang mendapat rating tertinggi. Sebenarnya apabila saya mengacara dengan gaya bersahaja dan spontan, saya ingatkan masyarakat tidak suka dengan cara saya tetapi tak sangka impaknya besar,” tuturnya.

Dalam pada itu, Wak Doyok juga tidak menyangkal dakwaan bahwa beberapa kontroversi yang pernah mengaitkan namanya sedikit sebanyak membantu menaikkan popularitinya. Begitu, dia berazam tidak mahu terpalit lagi dengan sebarang isu panas pada masa akan datang kerana akuinya kontroversi juga secara tidak menjejaskan reputasi dan nama baiknya.

“Saya orang fesyen. Jadi apabila timbulnya isu yang mengaitkan nama saya, pihak klien saya tidak suka kerana mengganggap kontroversi itu menandakan seseorang artis itu tidak berkualiti. Tetapi saya faham, jika di dalam dunia hiburan kontroveris itu sedikit sebanyak membantu melonjakkan populariti artis.

“Kontroversi-kontroversi yang pernah mengaitkan saya sebelum ini saya jadikan sebagai pengajaran besar dalam diri. Misalnya gara-gara isu merecik, saya kerugian RM500,000 kerana saya secara automatiknya kontrak saya satu pihak klien terbatal. Jadi selepas ini saya lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya saya tidak mahu lagi terkait dengan apa-apa isu pada masa akan datang,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Wak Doyok bersama teman pengacaranya, Myo, bakal menjalani penggambaran Ke Jepun ke Kita mula 13 April depan. Dia akan berada di negara matahari terbit itu selama dua bulan.

Selain itu, Wak Doyok bakal melancarakan koleksi baju Melayu Asli jenamanya sendiri tidak lama lagi. Koleksi tersebut mempunyai sebanyak 14 pilihan warna.

Sumber: MalaysianDigest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem LU MAFIA GUA GANGSTER Bukan Komedi Biasa

Aktres Popular Sangkal Dakwaan Terlibat Skandal Pelacuran