in ,

Wajah-Wajah Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Skrin 2009

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Dato’ Siti Nurhaliza tidak melintasi red carpet pada Anugerah Skrin 2009 lalu. Maklumlah ini hanya anugerah untuk drama dan filem sahaja, bukan anugerah untuk muzik. Kita tunggu sahaja kemunculan penyanyi ini di Anugerah Juara Lagu atau pun di Anugerah Bintang Popular nanti. Lagipun, penat penyanyi yang baru pulang dari Jakarta masih belum hilang.

Jadi, Dato’ Siti Nurhaliza hadir sekadar memenuhi undangan untuk mempersembahkan tiga buah lagu dalam bentuk medley iaitu lagu Balqis, Nirmala dan Ku Percaya Ada Cinta. Anda berpuas hati dengan persembahan Siti kali ini? 

4173403976 De5Da86B54 O | 4

4173404200 577B9E7C78 O | 5

Seperti biasa penyanyi terulung yang popular ini tampil cantik dengan busana ala Arabian rekaan Rizman Ruzaini, namun Budiey sangat kecewa kerana persembahannya bagaikan tiada elemen luar biasa. Rata-rata peminat Siti Nurhaliza juga kecewa dengan persembahan penutup Anugerah Skrin kali ini yang terlalu sekejap.

Budiey ada juga mendengar keluhan dari para peminat Siti Nurhaliza yang mengatakan, memang dah jadi perkara biasa apabila nama Siti Nurhaliza dan juga peminat dijadikan umpan atau pelaris untuk mendapat jumlah penonton yang ramai dan Siti Nurhaliza antara tumpuan untuk acara anugerah dan event-event lain.

Menjadi artis terkenal seperti Siti Nurhaliza sememangnya tidak boleh lari daripada undangan seperti ini, namun, apa yang penting pihak Siti dan juga penganjur harus memikirkan tentang konsep showmanship yang lebih luar biasa kerana siang-siang lagi, peminat sudah menetapkan penanda aras dengan showmanship Siti Nurhaliza yang dilakukannya sebelum ini.

Contoh terdekat, apabila Dato’ Siti Nurhaliza dijemput untuk mempersembahkan nyanyian di Konsert Jomheboh di Bukit Jalil Ahad lalu, ternyata ramai peminat terhibur dan berpuas hati dengan persembahan di konsert itu berbanding dengan persembahan Siti di Anugerah Skrin.

Walau sekejap mana pun persembahan Siti di Anugerah Skrin, lensa Budiey tidak letih untuk menangkap gambarnya… hehehe

4172648403 070F357E4C O | 6

4172651303 A51704Bc8C O | 7

4173408572 3Fdb548F16 O | 8

4173408698 Cf47Bbd5Fc O | 9

4173408790 E148151C37 O | 10

4173410384 46908A38E6 O | 11

4173410158 E7C7B086E3 O | 12

4173409528 2B14Dd6130 O | 13

4172650915 36F41Bd46C O | 14

4173406866 C80939856A O | 15

4172648263 Cf0D949578 O | 16

4172649643 Be059Db288 O | 17

4173407856 Eef414Afee O | 18

4173406006 4Ba52C6A23 O | 19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayang Nurfaizah Nyanyi Lagu Kutemu Cahaya di WORLD AIDS DAY 2009

Menangi Kamera Digital Di Roadshow Kalau Keju Mesti Kraft