in ,

Wafariena Pertaruh Single Pertama Berjudul CARILAH AKU

“CARILAH AKU”. Lagu ini merupakan buah tangan pertama daripada penyanyi baharu, Wafariena binti Roslan atau lebih mesra disapa sebagai Wafa. Selain berbakat dalam nyanyian, gadis cantik tinggi lampai yang berasal dari Pulau Pinang ini juga bergiat aktif dalam bidang permodelan di samping berlakon dalam beberapa buah muzik video dan filem Buntat.

Wafariena Pertaruh CARILAH AKU Single Pertama

Beliau yang berusia 24 tahun turut fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin.

Tampil dengan genre Balada, lagu “Carilah Aku” ini hasil ciptaan Johari Teh dan lirik ditulis oleh Aryan. Lagu “Carilah Aku” mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah oleh jarak jauh. Baginya, berjauhan dengan pasangan adalah menyakitkan. Wanita tersebut berharap dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia.

Wafariena Pertaruh CARILAH AKU Single Pertama

Single pertama beliau bakal dilancarkan pada November ini dan boleh dengarkan di semua rangkaian muzik. Diharapkan agar lagu “Carilah Aku” mendapat reaksi yang baik daripada pendengar dan media-media tempatan. Teruskan menyokong Wafa untuk mengembangkan lagi bakat dalam industri muzik.

5 Fakta Menarik Tentang Wafa

  • Boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa (English, Mandarin, Filipina, Bollywood, Thailand)
  • Obses dengan kereta
  • Suka memasak
  • Seorang yang tegas
  • Suka hidu bau petrol
  • Bagi peminat yang ingin mengetahui perkembangan semasa Wafa, boleh ikuti beliau di laman sosialberikut :Instagram : wafarienaroslan Facebook : Wafariena Roslan Twitter : WafarienaR
    Tik Tok : WafarienaRoslanArtist
Wafariena Pertaruh CARILAH AKU Single Pertama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

dimsum Menyajikan Seleksi Drama Thai Terbaik Sepanjang November 2019

Joox Bakal Menyiarkan Anugerah Muzik Melon & Anugerah Muzik Mnet Asia 2019