in ,

Vivy Yusof Kini Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Pengasas FashionValet dan dUCK Group, Datin Vivy Yusof kini “dikhabarkan” telah menamatkan tugasnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini (Isnin).

Selebriti dan ahli perniagaan popular, Datin Vivy Yusof kini dikatakan bukan lagi menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang disandang sejak Mei 2019.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak UiTM sendiri menerusi satu posting status ucapan penghargaan di akaun Facebook rasmi universiti berkenaan.

Vivy Yusof Kini Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

“Terima kasih kepada Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti… daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti,” ujar kenyataan tersebut.

Sebelum ini, ramai pihak yang menggesa serta satu petisyen turut dibuat supaya selebriti berkenaan supaya meletakkan jawawan kerana kenyataan beliau yang disifatkan telah merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menjadi penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Selain Vivy, seorang lagi rakannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan turut dikecam teruk oleh netizen ekoran perkongsian pendapat tersebut.

Namun begitu, petisyen berkenaan telah diturunkan selepas individu yang melancarkannya berkata yang perkara tersebut telah mencapai sasarannya.

Vivy Yusof Kini Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Dalam pada itu, Vivy juga telah memfailkan saman fitnah terhadap seorang individu berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat Covid-19.

Saman fitnah itu difailkan terhadap Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.

Berdasarkan penyataan tuntutan melalui carian dalam e-filing, Vivy selaku plaintif pada 28 Mac lalu menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan antara empat usahawan berkenaan status ekonomi akibat Covid-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Vivy Yusof Kini Bukan Lagi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Vivy yang juga ikon bisnes fesyen sebelum ini juga telah banyak menempa kejayaan dalam dunia perniagaan sehingga beliau telah berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee.

Tidak ketinggalan, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sebelum ini pernah tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.

Lebih membanggakan, beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan turut tersenarai sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia bersama usahawan dan juga pengacara popular Neelofa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Miliki Produk Tanpa Kelulusan KKM, Anak Normah Damanhuri Didenda RM10,000

PKP 2.0 Trending No. 1 di Twitter, Belum Terlambat, Sila Patuhi SOP, Gais!