in ,

Vivy Yusof Akui Banyak Kesilapan, Ini Impian Baru Selepas 10 Tahun Berniaga

Nama Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing di dalam perniagaan alam maya, terutamanya di kalangan wanita. Namun, kejayaan yang beliau telah kecapi kini tidaklah hadir dengan mudah. Pelbagai isu-isu negatif membabitkan nama beliau selama dia bergelar usahawan.

Siapa sangka, sudah 10 tahun Datin Vivy Yusuf menjalankan perniagaannya iaitu FashionValet (FV), sebuah laman yang menjadi kegilaan para wanita yang mahukan keunikan di dalam penampilan mereka.

vivy

Mahu Tulis Buku

Sempena ulangtahun FV, Vivy sememangnya menyimpan impian untuk menulis sebuah buku berkaitan perniagaan.

“Dengan semua pembelajaran dari dekad pertama saya, saya rasa saya harus menulis buku!”

Vivy di Instagramnya.

Tambahnya lagi, selama 10 tahun bergelar usahawan, bukanlah sesuatu yang mudah. Vivy akui banyak kesilapan yang dilakukan dan dia tetap akan terus positif sehingga tahun-tahun mendatang.

“Begitu banyak pencapaian, begitu banyak kesilapan, begitu banyak kisah yang belum saya ceritakan. Bidang Keusahawanan ini ibarat seperti menaiki Roller Coaster, ada naik dan turun dan saya akan memasuki dekad kedua dengan perjalanan mengagumkan ini”- tambahnya lagi.

– Vivy Yusof

Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, mula membuka FashionValet pada tahun 2010. FashionValet telah berkembang dengan pesat berbanding masa yang mereka dimulakan. Bermula dengan Kuala Lumpur, mereka kini mempunyai cawangan di Jakarta, Brunei dan Singapura.

*Sumber: Murai & IG Vivy Yusof

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rasa Lebih ‘Free’, Ini Sebab Utama Neelofa Ambil Keputusan Memakai Niqab

Lelaki Video Panas Itu Bukan Hun Haqeem! Bukti Dirakam, Penyebar Sudah Diketahui