in ,

Viu Pitching Forum Pilih Electric Dust Agency Untuk Dijadikan Penerbitan Pertama Viu Originals

Viu Pitching Forum berperanan sebagai inisiatif untuk mengenal pasti dan memupuk penulis skrip tempatan yang sedang meningkat di Malaysia.

Penulis berbakat Malaysia, Cik Aina Izzah telah diumumkan sebagai pemenang Viu Pitching Forum pertama seumpamanya di Malaysia. Beliau akan menyaksikan konsepnya dijadikan terbitan Viu Original untuk ditayangkan pada 2022, di seluruh 16 pasaran global Viu.

Viu Pitching Forum dilancarkan pertama kali oleh Viu di Indonesia pada 2016, menyaksikan tiga Viu Original yang amat popular, Halustik (2018), Knockout Girl (2019) dan Star Stealer (2020). Susulan kejayaan itu dan impak program Viu Pitching Forum di Indonesia, Viu meluaskan inisiatif ini ke Malaysia (September 2020) dan Thailand (Mei 2021), bagi berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri hiburan tempatan. 

Viu Pitching Forum menerima lebih 700 penyertaan, di mana 10 konsep hiburan telah disenarai pendek. Finalis dimentor oleh veteran industri terkemuka iaitu Kye Fariz, Razaisyam Rashid, TJ Lee, Ghaz Abu Bakar, Faisal Ishak, Bernice Low, Chi-Ren Choong, Douglas Lim, Nam Ron, dan Datuk Yusry Abdul Halim. 

Vpf Winner 2021

Memaparkan pilihan tema yang luas, fokus kepada golongan dewasa muda dan kandungan mengikut citarasa tempatan, genre konsep yang disenarai pendek sebagai finalis termasuk, antaranya, sci-fi, fantasi dan komedi. Latar belakang finalis juga dari pelbagai latar belakang, termasuk dari dunia pengiklanan, undang-undang dan biologi – satu bukti kepada matlamat Viu untuk menyediakan peluang saksama kepada mereka yang memiliki kesungguhan dan kebolehan menulis skrip.

Drama sci-fi “Electric Dust Agency” oleh Cik Aina Izzah muncul sebagai pemenang dan akan dijadikan produksi berkelas dunia untuk ditayangkan di Viu pada 2022. Penceritaan tema futuristik ini berkisar kepada watak Kina, seorang `penulis memori’ di Electric Dust Agency – sebuah syarikat yang mencipta teknologi untuk mengubah memori manusia. Apabila dia menemui petunjuk yang memperlihatkan EDA telah secara haram mengubah memori pelanggan, dia harus bergelut dengan masa untuk mendedahkan kebenaran walaupun memorinya sendiri bakal terjejas dan berpotensi untuk diubahsuai. 

Mengulas apa yang memberi inspirasi kepadanya untuk menulis cerita tersebut, Aina yang merupakan graduan undang-undang dan wartawan berkata, “Saya mendapat idea selepas ibu saya meninggal dunia pada 2018. Saya bersamanya di saat ibu nazak dan sering memikirkan apakah kenangan terakhir saya terhadap ibu. “Electric Dust Agency” mencabar teori bahawa jika anda merubah suatu kenangan buruk bagi membantu anda berhadapan dengan trauma, sanggupkah anda melakukannya?”. Mengakui pengalamannya sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, beliau menambah, “VPF adalah sesuatu yang hebat – sama seperti menghadiri sebuah bengkel penulisan dan pembikinan filem. Bimbingan tenaga pakar begitu bermaklumat, kolaboratif dan menyeluruh. Memiliki kepakaran terhebat di dalam industri memberikan kita ilmu yang mendalam dan perkongsian pengalaman mereka benar-benar membuka mata.”

https://flic.kr/p/2mcEuNg

Sahana Kamath, Ketua Produksi Asli bagi Viu Malaysia dan Indonesia,berkata,Kami kagum dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh semua penulis berbakat yang menyertai kami di dalam Viu Pitching Forum tahun ini. Setiap finalis menyalurkan bimbingan yang mereka terima daripada mentor kepada pembentangan pitch yang berinspirasi dan menarik, menyulitkan tugas menghakimi mereka. Pemenang terbaik iaitu Aina dengan hasil karya “Electric Dust Agency” memaparkan kemahiran beliau, tahap imaginasi dan perkongsian sebenar emosi dirinya Kami sentiasa yakin kepada bakat-bakat dan penceritaan yang ada di Malaysia ini dan kecemerlangan kualiti kerja yang ditunjukkan semasa inisiatif ini mendorong kami untuk meneguhkan lagi komitmen kami bagi membantu memupuk komuniti kreatif tempatan.”

Dua lagi konsep menerima pujian khas pada Viu Pitching Forum dan dipilih oleh para hakim untuk pembangunan seterusnya di Viu. Mereka ialah drama keluarga “Pulangkan” karya Qamarul Hassan dan drama bertema kolej berjudul “Kelab Lelaki Beta” oleh Ausz Din.

Nantikan detik tayangan produksi pertama Viu Original daripada Viu Pitching Forum di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari laman web www.viu.com

Tentang Viu

Viu merupakan penyedia layanan streaming OTT (over-the-top) PCCW terkemuka rantau yang dikendalikan oleh Viu International Limited. Ianya boleh didapati di 16 pasaran termasuk di seluruh Asia, Timur Tengah,dan di Afrika Selatan dengan lebih 45 juta pengguna aktif setakat Disember 2020.

Perkhidmatan Viu boleh didapati dalam dua model iaitu tier pertama yang disokong dengan iklan dan tier langganan premium. Viu menyampaikan kandungan premium siri TV yang terkini, filem dan program gaya hidup lokal dan berbahasa rantau ini serta sari kata dalam pelbagai genre dari penyedia kandungan terkemuka, dengan tema Asia dalam genre berbeza dari penghantar kandungan terkemuka serta produksi asal premium di bawah jenama “Viu Original”.  

Viu juga menawarkan perkhidmatan penstriman dan ciri muat turun, serta pengalaman pengguna yang dilokalkan melalui pelbagai peranti bersambung. Viu boleh memberikan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira keadaan peranti atau rangkaian.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play) di peranti bersambung, cth. telefon pintar dan tablet, TV pintar terpilih, dan juga loh masuk di laman sesawang www.viu.com

Tambahan itu, Viu International Limited, melalui anak syarikatnya Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert muzik langsung yang popular di Hong Kong.

Tentang PCCW Limited

PCCW Limited (SEHK: 0008) adalah sebuah syarikat global dengan  ibu pejabat di Hong Kong serta mempunyai pegangan dalam syarikat-syarikat telekomunikasi, media, penyelesaian teknologi maklumat, pembangunan hartanah dan pelaburan, dan perniagaan lain. 

PCCW Limited mempunyai kepentingan utama dalam HKT Trust dan HKT Limited, penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Hong Kong dan pengendali terkemuka bagi perkhidmatan talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih, dan hiburan media. HKT memberikan penyelesaian bersepadu dari hujung ke hujung menggunakan teknologi terkini untuk membantu perusahaan untuk mentransformasikan perniagaan mereka. HKT juga telah membangunkan ekosistem digital dengan mengintegrasikan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, perkhidmatan teknologi kewangan (FinTech),dan teknologi perubatan (HealthTech) untuk mengukuhkan hubungannya dengan pelanggan.

PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan yang bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video OTT di Hong Kong dan juga di rantau ini.

Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW turut mengendali perkhidmatan TV domestik percuma di Hong Kong. 

Turut dimiliki sepenuhnya oleh PCCW Limited, PCCW Solutions adalah penyedia penyumberanluar proses IT dan perniagaan terkemuka di Hong Kong, tanah besar China dan Asia Tenggara. Sebagai tambahan, PCCW memegang saham dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang PCCW, sila layari  www.pccw.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ebit Lew | 23

Bapa Ebit Lew Meninggal Dunia, Ruangan Komen Dihujani Dengan Ucapan Takziah

Neelofa | 24

‘Hati Saya Hancur Berkecai’ – NeeIofa Zahir Simpati Terhadap Bella