in , ,

‘Hati Saya Hancur Berkecai’ – NeeIofa Zahir Simpati Terhadap Bella

”Semoga awak cepat sembuh sayang..” – Itu antara perkongsian selebriti popular, NeeIofa di Twitter beliau yang menyentuh hati ramai.

Sejak video seorang anak istimewa kurang upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang didakwa didera pengasuhnya tular, ramai golongan selebriti tampil menzahirkan simpati terhadap penderitaan dan perbuatan tiada perikemanusiaan tersebut.

Terbaharu, selebriti popular, Neelofa turut berkongsi kepedihan hatinya dengan situasi yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Menurut Neelofa, 32, kesengsaraan yang menimpa Bella adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku kepada seorang kanak-kanak apatah lagi anak syurga yang tidak berdosa.

“Baru sahaja tonton video adik Bella dan hati saya hancur berkecai.

“Perkara ini sangat tidak berperikemanusiaan dan kanak-kanak tidak seharusnya dilayan dengan sebegitu rupa,” ciap pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu dalam Twitter malam tadi.

Tambah bekas pengacara Next To Neelofa itu, dia juga berdoa agar keadilan dapat ditegakkan untuk pihak Bella.

“Semoga keadilan berpihak kepada Bella dan saya harap awak akan segera sembuh sayang,” tulisnya lagi.

NEELOFA
TANGKAP layar ciapan Neelofa tentang kanak-kanak malang, Bella.

Dalam ciapan sama, rata-rata netizen turut meminta isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu menghulurkan bantuan kepada Bella.

“Harap awak boleh bantu Bella dari segi rawatan. Semoga dipermudahkan insya-Allah,” tulis seorang pengguna Twitter.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air seperti Nad Zainal dan Erra Fazira turut bersuara dan tampil dengan tanda pagar #JusticeForBella tentang isu penderaan kanak-kanak malang serta mahu pelakunya diheret ke muka pengadilan demi keadilan dan kesedaran umum.

Minggu lalu, sebuah video berdurasi 1 minit 31 saat dimuat naik seorang aktivis sosial, Mona Din tular dalam media sosial memaparkan Bella ditemui dengan kesan melecur dan bernanah teruk teruk pada dada, legan, leher dan paha. 

Sementara itu, pelakon, Abby Abadi turut berkongsi perkara itu di Instagram beliau.

” Banyak hari dah sbnrnya saya nk kongsikan tentang ini.. tapi tertangguh. Harini Saya usahakan juga.

” Sebab saya antara pihak nak peIakunya dibawa ke muka pngadilan dan menerima hukvman setimpal..”

” Antara Fakta:

” 1. BeIIa merupakan seorang knak-knak 0.K.U down synd.rome berusia 13 tahun. Ketika usianya 7 tahun, beliau dijaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah.

” 2. Tahun lepas ketika usianya 12 tahun, BeIIa dibawa ke Mhkamah knak-knak untuk disambung printah penjagaan di rumah berkenaan.

Ketika itulah beliau bertemu dengan Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda. Lalu, Siti Bainun minta hakim bagi peluang kepada beliau untuk jaga BeIIa. Permohonannya diluluskan.

” 3. Apa yang berlaku kepada BeIIa hingga wujudnya hashtag JusticeForBeIIa? Semuanya bermula bila Puan Mona Din berkongsi kisah menyay.at hati BeIIa bermula 6 Julai lepas di fb beliau.

” 4. Lihat sahaja 2 paparan gambar yang saya sertakan ini. Wajah yang penuh kecriaan akhirnya berubah menjadi kemvrungan, travma, keIiru serta tkut.

Badannya penuh dengan ksan parvt, tangan kanan dan kiri punyai Ivka serta kvdis yang besar. Apa yang telah berIaku?

” 5. BeIIa dipercayai telah dider.a! Siapa yang mender.a beliau? Masih dalam s1asatan pihak poIis. Laporan poIis telah dibuat pada 24 Jun yang lepas.

Hari ini 12 Julai, hampir 3 minggu selepas Iaporan poIis dibuat. Khabarnya, Siti Bainun telah ditaha.n oleh pihak poIis 6 Julai yang lepas. Tapi Segala hasil s1asatan tidaklah diketahui. Sunyi sepi..

” 6. Penasihat Rumah Bonda adalah Tuan Syed Azmi. Siti Bainun pula adalah pengasas rumah berkenaan.

Maka, tak peIik netizen berpusu-pusu menziarahi facebook Syed Azmi bertanya pelbagai soalan yang berkaitan.

”Tak buleh nak tulis panjang lagi. Tak muat.. Apapun. Saya ingin menyeru… Jom kita sebarkan kes ni sampai peIakunya dibawa ke muka pengadiIan..” tulis Abby.

KES DERA ADIK BELLA BERLAKU DALAM RUMAH KAWAN SENDIRI, SYED AZMI AKHIRNYA ‘BERSUARA’

LAPORAN mengenai Adik Bella, seorang anak istimewa yang dipercayai menjadi mangsa dera ternyata meruntun hati rakyat Malaysia.

Pada Isnin malam, aktivis Syed Azmi Alhabshi tampil bersuara dan memberikan penjelasannya berhubung kes melibatkan remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun itu.

Menurut Syed Azmi, dia ada alasan tersendiri apabila memilih untuk senyap terlebih dahulu ketika kes itu mula menjadi perhatian umum.

“Ramai sebenarnya nak tanya atau nak saya jawab pelbagai bentuk soalan mengenai kes penderaan Bella. Bella dijumpai dalam keadaan yang disyaki berlakunya penderaan ke atasnya dalam rumah kawan saya.

“Dia dijumpai oleh pelapor yang memaklumkan saya melalui video dan panggilan telefon dan yang saya bagitau ialah untuk bawa ke hospital. SCAN team di hospital diaktifkan dan rawatan, pemulihan dan perlindungan Bella dijalankan. Bella selamat.

“Now, apa sebenarnya berlaku pada Bella? Ini yang saya faham #justiceforbella dan saya pun nak tahu. Kemudian saya senyap. Adakah pemilihan saya untuk senyap ini yang paling tepat. Bergantung pada siapa yang saya tanya. Ada yang setuju dan ada yang tidak, ” ujarnya.

Menurut Syed Azmi, ada beberapa perkara yang bermain di fikirannya ketika itu termasuklah isu keselamatan penghuni kanak-kanak lain serta keadaan semasa melibatkan jangkitan Covid-19.

“Waktu Bella disahkan sebagai kes yang memerlukan perlindungan, ada beberapa perkara yang saya perlu lihat iaitu keselamatan kanak-kanak lain. Sama ada di kediaman peribadi mahupun di Rumah Bonda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Pitching Forum Pilih Electric Dust Agency Untuk Dijadikan Penerbitan Pertama Viu Originals

#KitaMalaysia Campaign Offers Liberating Business Packages For SMEs This National Day Celebration