in , ,

Viu Persembahkan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] di Kuala Lumpur

Menampilkan Bintang Sensasi Korea CHA EUN-WOO. Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah ‘fan concert’

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau milik PCCW bakal memikat penonton Malaysia dengan jelajah ‘fan concert’ yang menampilkan pelakon dan penyanyi terkenal Korea, CHA EUN-WOO. Bertemakan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] dan merupakan sebahagian daripada siri Viu Scream Date, acara ini dijadualkan berlangsung pada 24 Februari 2024 di Stadium Malawati Shah Alam.

Just One 10 Minute merupakan konsep unik CHA EUN-WOO yang bermaksud ‘Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang CHA EUN-WOO untuk membuat anda jatuh cinta dalam masa 10 minit’. Konsep ini mula diperkenalkan dalam perjumpaan bersama peminat sebelum ini dan mendapat maklum balas yang sangat baik berikutan persembahan beliau yang mantap dan berkualiti tinggi. Acara yang sangat dinanti-nantikan ini bakal menyaksikan CHA EUN-WOO mendekati peminat beliau di Kuala Lumpur. 

Viu Persembahkan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] di Kuala Lumpur

CHA EUN-WOO mempunyai portfolio yang mengagumkan, dengan kumpulan peminat yang sangat ramai di luar Korea Selatan, terutamanya di negara-negara Asia. Antara lakonan terbaiknya termasuklah dalam beberapa tajuk drama Korea yang diminati ramai di Viu seperti My ID is Gangnam Beauty dan True Beauty. Projek terbarunya, A Good Day To Be A Dog, membawa kejayaan yang membanggakan dan kini beliau semakin popular terutamanya di kalangan peminat drama Korea.

Nikmati sendiri jelajah ‘fan concert’ CHA EUN-WOO di Malaysia dengan tiga pilihan tiket: VVIP (RM858), VIP (RM558), dan CAT1 (RM358), di mana semua pemegang tiket akan menerima kad foto yang telah ditandatangani  CHA EUN-WOO.

Tiket boleh didapati di Ticket2u.com untuk pra-jualan kelab rasmi peminat CHA EUN-WOO (ASTRO) pada 10 Januari 2024, jam 12 tengahari hingga 11 Januari 11.59 pagi dan pelanggan Viu Premium pada 11 Januari 2024, jam 12 tengahari hingga 12 Januari 11.59 pagi. Jualan umum akan bermula pada 12 Januari 2024, jam 12 tengahari. 

Pemegang tiket VVIP layak mendapat pas eksklusif untuk sesi ‘Hi-Bye’ dan raptai, dengan hanya 30 individu bertuah yang akan menerima kad foto tulisan tangan oleh CHA EUN-WOO sendiri. Malah, 100 pemegang tiket VVIP dan 25 pemegang VIP & CAT1 berpeluang menerima poster yang telah ditandatangani oleh CHA EUN-WOO.

Selain itu, peminat dari semua kategori berpeluang untuk memenangi sejumlah 10 barangan eksklusif yang ditandatangani. Sila rujuk ke laman media sosial Viu Malaysia untuk maklumat lanjut.

Viu Persembahkan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] di Kuala Lumpur

Tak sabar menunggu tibanya Februari untuk bertemu CHA EUN-WOO? Tonton A Good Day To Be A Dog di Viu hari ini!

Viu Persembahkan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] di Kuala Lumpur
Viu Persembahkan 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator] di Kuala Lumpur

Sila kreditkan semua kandungan dan maklumat kepada “Viu”. Hashtag rasmi untuk acara ini adalah ##ViuScreamDates #CHAEUNWOOwithViu dan #CHAEUNWOOinKL

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau lawati www.viu.com. Ikuti kami di  Facebook, Instagram, YouTube, Twitter dan TikTok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNGU

Harga Tiket Pesta Muzik Kuantan Serendah RM58 Untuk Warga Pantai Timur

Ganjaran & Kejutan Harian! Daftar Sekarang untuk Galaxy Unpacked 2024!