in , ,

Viu Menggandakan Penerbitan Asli Untuk Penonton di Asia

JOM TONTON!

Viu,  perkhidmatan strim video OTT terkemuka rantau Asia milik PCCW, melangkah ke tahun baharu dengan lebih daripada 30 kandungan Viu Original yang kini sedang dalam pembikinan. Ini berikutan prestasi memberangsangkan pada tahun 2021 yang menunjukkan sambutan hangat bagi penerbitan asli tempatan dan serantau dalam platform tersebut.  

Marianne Lee, Ketua Pegawai Pemerolehan & Pembangunan Kandungan Viu berkata, “Pada tahun 2022, kami akan terus menerbitkan Viu Original dengan kandungan tempatan menarik di Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia serta kandungan serantau dalam bahasa Korea dan Cina, yang telah melonjakkan reputasi dan kewujudan Viu dalam pasaran.”

AI5YA

Di bawah naungan Viu Original Studio dan diterajui veteran industri Felix To yang merupakan Ketua Pegawai Viu Original, Viu akan meningkatkan fokus terhadap penciptaan aset kandungan asli dan membangunkan IP dengan tarikan rantau dan global. Lebih daripada 30 penerbitan baharu akan ditayangkan pada tahun 2022, termasuklah musim baharu rancangan popular seperti Close Friend di Thailand dan Assalamualaikum My Future Husband di Indonesia. Tidak lupa juga rancangan tempatan baharu seperti rancangan muzikal Thai, WANNABE dan siri Asli Korea yang ditunggu-tunggu iaitu Again My Life.

AI5YA

Dengan pengalaman To yang mencipta dan menerbitkan banyak drama dan rancangan aneka ragam Hong Kong yang mendapat sambutan baik para penonton di sana, para penonton Viu boleh menjangkakan lebih banyak kandungan bahasa Cina pada tahun ini. Oleh itu, pengalamannya dalam membangunkan siri asli akan membawa lebih banyak kandungan Asia dalam Viu, khas buat penonton di Asia.

Seribu Nina

To menyatakan, “Dengan tayangan siri original hampir setiap bulan, kami mahu terus memberikan kepuasan kepada pengguna apabila menggunakan platform kami. Mereka akan dapat menonton pelbagai kandungan Asia yang unik, termasuklah lebih banyak kandungan asli berbahasa Cina. Ini akan mengukuhkan lagi kedudukan Viu sebagai peneraju pasaran hiburan OTT.”

Tahun 2022 akan terus memperlihatkan bakat terkenal tempatan menerajui Viu Original. Thailand merupakan antara pasaran yang mengetengahkan bintang ternama dan yang sedang meningkat naik di Thailand dalam penerbitan Viu Original. WANNABE merupakan drama bersiri muzikal kisah kematangan yang dibintangi Chanon (Nonkul) Santinatornkul, pelakon yang telah merangkul pelbagai anugerah dan buat kali pertama menyerlahkan bakat nyanyiannya sebagai penyanyi rap muda dalam siri ini. Barisan pelakon handalan terdiri daripada bintang popular termasuklah ahli kru jemputan Sunny Day – Nay Mayo “Day” Thot daripada kumpulan rap terkenal di Thailand, Thaitanium. Tahun 2022 menyaksikan permintaan tinggi bagi drama Thailand, yang merangkumi pelbagai genre seperti drama romantik Finding the Rainbow, komedi romantik My Coach, drama seram Remember 15, dan siri aksi Real Fake.

AI5YA

Para penonton Viu juga bakal disajikan komedi sci-fi Viu Original, AI5YA, hasil karya pelawak kegemaran Malaysia, Afdlin Shauki dan turut dibintangi Zizan Razak yang merupakan antara pelawak terkenal di Malaysia. Turut dinantikan, drama romantik komedi fantasi, Seribu Nina, yang akan menarik minat penonton generasi Milenial dan Gen Z.

Pada enam bulan pertama tahun 2022 saja, Viu bakal melancarkan siri Asli Korea yang dinanti-nantikan seperti Again My Life yang dibintangi Lee Joon-Gi, Lee Geung-Young dan Kim Ji-Eun. Drama ini diadaptasi daripada novel web dengan tajuk sama yang diterbitkan di KakaoPage. Siri Asli Korea yang lain termasuklah drama From Now On dan Showtime, yang dibintangi pelakon terkenal, Park Hae-Jin dan Jin Ki-Joo, yang pernah membintangi drama The Secret Life of My Secretary dan Come & Hug Me. Drama ini ditulis oleh Ha Yoon-Ah, yang merupakan penulis skrip drama komedi fantasi Mystic Pop-up Bar (2020). Satu lagi rancangan yang bakal ditayangkan di Viu ialah Why Her?, iaitu drama romantik berkisarkan undang-undang yang dibintangi para pelakon terkenal seperti Seo Hyun-Jin, yang terkenal dengan drama Dr. Romantic dan Beauty Inside, serta Hwang In-Yeop, yang menempa nama melalui drama True Beauty.

From Now On, Showtime

Tentang Viu

Viu adalah penyedia layanan streaming OTT (over-the-top) PCCW yang terkemuka dan dikendalikan oleh Viu International Limited. Ianya boleh didapati di 16 pasaran termasuk di seluruh Asia, Timur Tengah, dan di Afrika Selatan dengan lebih 49.4 juta pengguna aktif setakat Jun 2021.

Perkhidmatan Viu boleh didapati dalam dua model iaitu tier pertama yang disokong dengan iklan dan tier langganan premium. Viu menyampaikan kandungan premium siri TV yang terkini, filem dan program gaya hidup lokal dan pelbagai bahasa serta sari kata dalam pelbagai genre dari penyedia kandungan terkemuka, dengan genre berbeza dari penghantar kandungan terkemuka serta produksi asal premium di bawah jenama “Viu Original”.  

Viu juga menawarkan perkhidmatan penstriman dan ciri muat turun, serta pengalaman pengguna yang dilokalkan melalui pelbagai peranti bersambung. Viu boleh memberikan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira keadaan peranti atau rangkaian.

Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store dan Google Play) di peranti bersambung dengan internet, cth. telefon pintar dan tablet, TV pintar terpilih, dan juga loh masuk di laman sesawang www.viu.com. 

Tambahan itu, Viu International Limited, melalui anak syarikatnya Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert muzik langsung yang popular di Hong Kong.

Tentang PCCW Limited

PCCW Limited (SEHK: 0008) adalah sebuah syarikat global dengan ibu pejabat di Hong Kong yang mempunyai pegangan dalam syarikat-syarikat telekomunikasi, media, penyelesaian teknologi maklumat, pembangunan hartanah dan pelaburan, dan perniagaan lain. 

PCCW Limited memegang kepentingan utama dalam HKT Trust dan HKT Limited, penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Hong Kong dan pengendali terkemuka bagi perkhidmatan talian tetap, jalur lebar, komunikasi mudah alih, dan hiburan media. HKT memberikan penyelesaian bersepadu dari hujung ke hujung menggunakan teknologi terkini untuk membantu perusahaan dan mentransformasikan perniagaan mereka. HKT juga telah membangunkan ekosistem digital dengan mengintegrasikan program kesetiaan, e-dagang, pelancongan, insurans, perkhidmatan teknologi kewangan (FinTech), dan teknologi perubatan (HealthTech) untuk mengukuhkan hubungannya dengan pelanggan.

PCCW memiliki kumpulan multimedia dan hiburan yang bersepadu di Hong Kong yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan video OTT di Hong Kong dan juga di rantau ini.

Melalui HK Television Entertainment Company Limited, PCCW turut mengendali perkhidmatan TV domestik percuma di Hong Kong. 

Turut dimiliki sepenuhnya oleh PCCW Limited, PCCW Solutions adalah penyedia penyumberan luar proses IT dan perniagaan terkemuka di Hong Kong, tanah besar China dan Asia Tenggara. Sebagai tambahan, PCCW memegang saham dalam Pacific Century Premium Developments Limited dan pelaburan luar negara yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang PCCW, sila layari  www.pccw.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tular di TikTok, Kecekalan Wanita ‘Istimewa’ Anisa Berniaga Sangat WOW

Hairul Azreen Terkenang Zaman Tak Ada Duit, Kereta Iswara Hampir Ditarik 3 Bulan Tak Bayar