in , ,

Viu Malaysia Umum Senarai Seleksi Drama Viu Original 2024 di Acara Viu Upfront

Memperkenalkan Enam Siri Viu Original dari Malaysia dan Pelbagai Kandungan Asia Menarik

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW telah memperkenalkan seleksi Viu Original terbaru dari Malaysia yang akan ditayangkan pada tahun 2024 di acara Viu Upfront 2024.

Acara hujung tahun yang sangat dinantikan ini mengumpulkan ramai pihak berkepentingan dalam industri hiburan, rakan kerjasama dan agensi media.

Main cast of W_Two Worlds together with Imillya Irwani Roslan (Director of Production, Viu Malaysia), Steven Lim (Director of Development, Viu Malaysia) and Zurina Ramli (Producer)

Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia, berkata, “Viu Upfront 2024 mengetengahkan senarai produksi tempatan yang mengujakan untuk tahun akan datang. Kami telah menghasilkan 24 Viu Original di Malaysia setakat ini dan ada enam lagi Viu Original yang bakal menemui penonton dan dibintangi oleh bakat-bakat terbaik dalam industri hiburan tanahair. Viu komited dalam mengukuhkan lagi ekosistem kreatif di Malaysia dan membawa kisah Malaysia kepada penonton di seluruh rantau ini.”

Enam Viu Original yang akan melibatkan pelbagai genre ini termasuklah Terlanjur Cinta, Nafsu, Gadis Masa, The Secret, sebuah sekuel untuk drama komedi romantik popular Viu, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi tempatan daripada K-drama Strong Girl Bong-Soon

Steven Lim (Director of Development, Viu Malaysia) and Imillya Irwani Roslan (Director of Production, Viu Malaysia) during their presentation

Terlanjur Cinta yang dihasilkan oleh pengarah terkenal Erma Fatima merupakan siri pertama untuk tayangan sempena Ramadan daripada Viu Malaysia. Beliau cukup dikenali dengan karya seperti Perempuan Itu, Pesan Dari Tuhan, Akulah Balqis dan Embun (Maklumat lanjut di bahagian lampiran).

Viu Upfront 2024 bukan sahaja menyediakan pratonton untuk kandungan yang akan datang, tetapi juga meraikan komitmen Viu Malaysia dalam memperkukuhkan lagi industri hiburan tempatan. Pada tahun 2023, Viu telah melancarkan empat Viu Original tempatan, iaitu Nenek Bongkok Tiga, Alter-Naratif, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi daripada K-drama W: Two Worlds. Nenek Bongkok Tiga meraih pencapaian yang membanggakan apabila tersenarai 

Meerqeen and Nadhir Nasar during Viu Upfront 2024

dalam carta 5 Teratas sebagai kandungan tempatan yang paling banyak ditonton di seluruh negara bagi tahun 2023, menurut kajian AMPD 1H 2023. Viu Original Malaysia juga menerima pengiktirafan di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023 dengan membawa pulang lima anugerah, termasuklah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik (Fiksyen), Penyuntingan Terbaik, Karya Original Terbaik OTT dan Kesan Khas Terbaik. Pencapaian ini secara tidak langsung mengetengahkan dedikasi Viu Malaysia dalam menghasilkan kandungan premium dan seiring dengan budaya yang mencerminkan kepelbagaian di Malaysia, pada masa sama menyokong industri kreatif tempatan melalui kolaborasi dengan pelakon dan penulis terbaik.

Dolla performing at Upfront 2024

Viu Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratasnya bagi jumlah langganan berbayar menurut kajian AMPD oleh Media Partners Asia bagi suku ketiga tahun 2023. Pencapaian ini menunjukkan bahawa kandungan Viu Malaysia bukan sahaja mampu mewujudkan jumlah peminat yang ramai dan berdedikasi, tetapi juga menjalin hubungan yang lebih kukuh dengan penonton tempatan demi memacu pertumbuhan platformnya.

Terlanjur Cinta

Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah dari dipenjarakan dan juga mengubah nasib keluarga dari kemiskinan, Aishah membuat keputusan untuk berkahwin dengan duda terlajak, Pak Majid. Keputusan ini memaksa Aishah untuk melupakan perasaannya terhadap Amir, teman rapatnya sejak kecil. Keperibadian Pak Majid yang sopan dan budiman membuatkan Aishah jatuh hati walaupun terdapat perbezaan usia. Namun, sebaik sahaja mendapat sinar kebahagiaan, harapannya musnah setelah Pak Majid yang baru pulang dari lawatan kerja, memperkenalkan isteri barunya. Kemesraan Pak Majid yang telah berubah menyebabkan Aishah menjadi keliru. Dalam masa yang sama, Amir masih lagi mengintai peluangnya dari jauh, dengan harapan dapat memberi kebahagiaan yang seharusnya dimiliki Aishah.

Nafsu

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan. Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan. Apabila Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang, Sam terima dengan hati yang berat. Namun, pencarian itu membawa mereka bertemu dengan satu kumpulan ajaran sesat, yang diketuai oleh seorang yang jahat. Sam bakal diduga dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan akal. 

Gadis Masa

Maya dan Khairi bertemu dan jatuh cinta ketika mereka masih muda. Namun, hubungan mereka berada diambang kehancuran setelah beberapa tahun perkahwinan. Perbalahan tidak diduga menyebabkan kemalangan kereta yang membunuh Khairi. Dengan hati yang lara, Maya terjumpa payung lama yang mempunyai kebolehan untuk membawanya kembali ke masa lalu, ke saat dia dan Khairi pertama kali bertemu. Dengan kebolehan ini, Maya berazam untuk mengubah takdir dan percaya bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkan Khairi adalah sekiranya mereka tidak pernah bersama. Namun, melawan takdir bukanlah perkara yang mudah dan Maya mendapati bahawa setiap percubaan untuk mengubah takdir, membawa Maya kepada situasi-situasi yang lucu dan diluar jangkaan.

The Secret

Apabila Liya, seorang pelajar universiti popular ditemui mati, pihak berkuasa mengklasifikasikan kematiannya sebagai bunuh diri. Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan di bilik hostel Liya. Dengan bantuan sahabat baik Liya, Nini, penyiasatan mereka membawa kepada tuduhan merogol. Tetapi tanpa sebarang bahan bukti yang kukuh, andaian mereka berdua sukar untuk didengari, apatah lagi untuk dipandang serius. Johanna yang dibelenggu oleh trauma yang berpanjangan, berazam untuk membawa suspek ke muka pengadilan. Namun begitu, keadaan menjadi sukar apabila di mendapati bahawa ada pihak lain yang cuba untuk melakukan apa sahaja, untuk melenyapkan kebenaran.

From Saga With Love

Empat sekawan kembali ke Saga semasa musim bunga untuk bertemu dengan Akiro Shisho, tetapi kekacauan dan kejadian yang lucu sentiasa berlaku apabila Karma, Sham, Bianca, dan Bob bersama. 

Ini merupakan sekuel siri romantik komedi hit Viu Malaysia 2023, From Saga With Love, dibintangi Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Sophia Albarakbah dan Fimie Don.

Strong Girl

Luna ialah seorang wanita muda yang dilahirkan dengan kekuatan luar biasa, setelah diwarisi melalui keturunan perempuan dalam keluarganya. Apabila Noah, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat permainan video, melihat Luna menggunakan kuasanya untuk melawan sekumpulan pembuli, Noah memutuskan untuk mengupah Luna sebagai pengawal peribadinya untuk menangkap pengintip yang telah menghantar mesej ugutan kepadanya. 

Sementara itu, seorang penculik bersiri yang menjadikan wanita muda cantik sebagai sasarannya, sedang berkeliaran dengan bebas di bandar tersebut. Kes itu telah menyebabkan Inspektor Miqael, teman zaman kanak-kanak Luna yang diminatinya, kembali ke Kuala Lumpur untuk menyiasat kes tersebut. Luna kini mendapati dirinya terperangkap dalam cinta tiga segi di antara Noah dan Miqael, dan pada masa yang sama, terpaksa menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan keadaan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KLEPET Arahan Sanji Bakal Mula Pengambaran Disember Ini

Pelajari Bahasa Isyarat Untuk Hargai OKU Menerusi Telefilem Takkan Terlerai