in , ,

Filem KLEPET Arahan Sanji Bakal Mula Pengambaran Disember Ini

Pada tahun 2020 Respected Citizen Sdn Bhd ditubuhkan sebagai sebuah interpretasi kecintaan dan minat mendalam pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terhadap dunia seni yang berakar umbi dalam diri mereka.

Justeru produksi ini terus menghasilkan karya di luar kebiasaan seperti Sabda Kekasih dan Abnomal: BUAS yang bakal ditayangkan di pawagam pertengahan tahun hadapan. Warganegara yang Dihormati meneruskan legasinya tahun ini dengan menghasilkan satu filem berjudul Klepet yang bergenre komedi.

Filem KLEPET akan memulakan penggambaran pada bulan Disember 2023 dan dijangkakan tayangan pada Julai atau Ogos 2024. Penggambaran akan dijalankan sepenuhnya di Melaka dengan kerjasama kerajaaan negeri.

Filem ini mendapat dana pelengkap Finas melalui Dana Kandungan Digital (DKD). Pihak Respecter Citizen telah memilih Indra Putra atau Sanji sebagai pengarah filem ini. Sebelum ini Indra Putra telah mengarah filem Yong Sari yang bakal ditayangkan tidak lam lagi.

Selain itu pengalaman pengarah ini tidak dapat disangkal lagi kerana pernah terliba secara langsung dalam animasi tempatan dan luar negara termasuk syarikat studio terken Seperti Walt Disney UK, Salun Picture Canada, Nicklodean UK, Australian Broadcasting (ABC Beliau mempunyai pasukan yang berkepakaran dalam dunia CGI yang pernah terlibat dalam lem CJ7, Spiderman dan Life of Pl.

Beliau juga telah memenangi anugerah Best Short Film Tokyo International Film Festival tahun 2021.

SINOPSIS FILEM KLEPET

Tiga orang sahabat Paly, Jany dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama-sama Kumpulan Motorhome menjadi huru-hara dengan kedatangan Lola iaitu seorang gad raine yang melarikan diri daripada kumpulan penculikan (scammer) iaitu Yak dan Jud.Lo la dipukul pengsan oleh Paly kerana terkejut melihat kelibat Lola yang dipenuhi darah.

Dalam masa yang sama seorang pemain saksofon istimewa turut menyertai Paly, Jany dan Wadi yang telah ditinggalkan oleh band-nya. Hajat Paly untuk menyelamatkan Lola dengan membawa Lola ke klinik tidak dipersetujui oleh Wadi.

Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terlanggar Hitman iaitu pembunuh misteri yang membawa wang tunai yang sangat banyak. Paly terlihat wang itu lalu mencurinya dan menyimpannya di dalam Motorhome mereka, ketika Hitman sedar dia mendapati wangnya dicuri oleh pemilik Motorhome tadi. Kini Paly, Jany dan Wadi diburu pula oleh Hitman.

Kerana takut dikesan mereka bertiga bercadang mencuci wang tersebut kepada seorang ketua sindiket haram iaitu Lawi. Namun keadaan menjadi huru hara kerana Wadi dan Jany telah salah memberi wang tersebut kepada orang yang salah. Dalam masa yang sama Lola tersedar dan melarikan Motorhome mereka.

Sehingga kesemua watak bertemu di antara mereka lalu bermula adegan kejar mengejar Motorhome tersebut. Hitman, Yak dan Jud. Rawi, Paly, Jany, Wadi dan Alfi mula mengejar Lola. Setiap da mereka mempunyai matlamat masing-masing.

Dapatkan Paly, Jany dan Wadi mengejar Lo untuk mengambil semula Motorhome mereka?

PENGELUARAN : Respected Citizen Sdn Bhd

Terbitan : Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Penerbit Eksekutif : Indra Putra @ Sanji

Pengarah : Bytem Smikxa

Barisan Pelakon: Meerqeen, Nadhir Nasar, Aedy Ashraf, Aeril Zafrel,Adlin Aman Ramli, Joey Daud, Eric Fuzi, Namie Wawa Zainal, Hayla, Hun Haqeem & Fadhli Masoot.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kini Anda Dapat Cipta Kreativiti Dengan Samsung Galaxy Tab S9 SE

Viu Malaysia Umum Senarai Seleksi Drama Viu Original 2024 di Acara Viu Upfront