in , ,

Viu Malaysia Lancar Siri Komedi Journal Sarahaeyo Gabungan Fandom K-Pop

Penggambaran sekitar Malaysia dan Korea Selatan, dibintangi Arena Wan dan Aniq Suhair

Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka, meneroka dunia fandom K-Pop dan kisah cinta melalui siri terbaharunya, Journal Sarahaeyo. Episod pertama siri komedi romantik ini akan disiarkan pada 19 Mei 2023, dengan episod baru disiarkan pada setiap hari Jumaat berikutnya.

Imillya Irwani Roslan, Jade Blimey and MsOrange Lisa during the launch gimmick

Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia berkata, “Siri komedi ini sangat istimewa memandangkan ia dihasilkan oleh dua penerbit berbakat, Khalisa Afendi dari Produksi MsOrange Solutions Creative di Malaysia dan Jade dari Produksi Blimey di Korea Selatan, dengan penggambaran dijalankan di kedua-dua negara. Dengan menggabungkan bakat dan kreativiti kedua-dua penerbit, siri ini mampu menawarkan pengalaman menonton yang unik, pada masa sama mengetengahkan tarikan kedua-dua negara dan meneroka tema tentang mencari cinta.”

Adriana Adnan, Andi Bernadee and Alvin Chong during the Q_A session

Siri ini menceritakan tentang Sara, seorang pelajar universiti yang sangat meminati K-drama dan K-pop. Sara baru sahaja memulakan tahun akhir pengajiannya dan menulis satu jurnal tentang harapan dan impian dirinya untuk ke Korea dan mencari “Oppa”. Apabila dia ditugaskan untuk menguruskan lawatan universitinya ke Korea, Sara melihat ini sebagai peluang untuk mengejar impiannya. Walau bagaimanapun, dia menghadapi cabaran tersendiri apabila ramai orang cuba melemahkan semangatnya, bahkan turut dimalukan oleh satu akaun Twitter yang tidak dikenali. Walaupun demikian, dia tetap berusaha keras untuk mencapai impiannya dengan sokongan abangnya, Saif, dan rakan-rakannya, Raf dan Layla.

Andi Bernadee, Alvin Chong and Imillya Irwani Roslan during the Q_A session

Watak Sara dimainkan oleh Arena Wan, pelakon berbakat yang semakin meningkat naik, yang pernah dinobatkan sebagai Dewi Favourite dalam Pertandingan Dewi Remaja 2018/2019. Beliau menerima pengiktirafan untuk watak yang dimainkan dalam siri popular, SMK Season Two (2020), yang membuka jalan kepada beliau untuk membintangi satu drama terbitan Astro Prima. Dengan persembahan mengagumkan, beliau juga telah membintangi beberapa drama Melayu yang diminati ramai, termasuklah Jujurlah Nikahi Aku (2020), Hati Yang Dikhianati (2021), dan Viu Original She Was Pretty (2022).

Imillya Irwani Roslan, Jade Blimey and MsOrange Lisa during the launch

Watak Raf dimainkan oleh Aniq Suhair, yang memulakan karier dalam industri hiburan setelah dinobatkan sebagai Hero Favourite dalam Pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Sejak itu, beliau telah berlakon dalam pelbagai drama, termasuk Kebaya Kasut Kanvas (2020) dan Lelaki Lingkungan Cinta (2020). Watak terkini yang dilakonkan beliau dalam satu siri drama terbitan Astro Ria iaitu Kampung People Three (2022)telah menonjolkan beliau sebagai seorang pelakon serba boleh.

Imillya Irwani Roslan with lucky draw winner

Alvin Chong pula memegang watak Han. Alvin memulakan kerjaya beliau dalam industri hiburan tempatan sebagai pelakon. Antara siri drama lakonan beliau yang digemari ramai termasuklah Suri Hati Mr. Pilot (2016), Hantu Judi (2018), Takdir Yang Tertulis (2021), dan Viu Original She Was Pretty (2022). Alvin memainkan watak beliau sebagai Ashraff dengan jayanyasehingga memenangi anugerah Persembahan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Televisyen Asia Ke-27 (ATA27).

Q_A session

Melengkapkan lagi siri drama Journal Sarahaeyo ialah Alisya Rashid, yang memegang watak Layla. Alisya merupakan pempengaruh gaya hidup yang popular dengan perkongsian pengalaman dan kehidupan seharian beliau di YouTube dan Instagram. Sebelum menjadi pempengaruh media sosial, Alisya Rashid merupakan pelakon suara kanak-kanak untuk siri Boboiboy. Dengan menumpukan kepada kandungan bertemakan fesyen, kecantikan dan gaya hidup, Alisya semakin diikuti ramai dan banyak bekerjasama dengan jenama-jenama terkemuka di Malaysia. Personaliti beliau yang disenangi ramai dan gaya beliau yang unik terus memberi inspirasi kepada peminat di seluruh dunia, menjadikan beliau antara suara paling berpengaruh dalam generasinya.

Journal Sarahaeyo yang dibawakan khas oleh Vivo V27 ini bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang menarik dan barisan pelakon yang berbakat, tetapi juga menampilkan runut bunyi asli yang luar biasa bertajuk In My Head, diterbitkan oleh kumpulan penerbitan muzik pop dan penulis lagu nombor satu Malaysia serta dipersembahkan oleh Arena Wan. 

Penonton Viu boleh menonton Journal Sarahaeyo dan ikuti perjalanan Sara mencari Oppa di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery, TV pintar terpilih dan juga laman web www.viu.com. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun Viu di App Store atau Google Play, atau layari www.viu.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, Twitter, dan TikTok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usanita Sedia Platform Usahawan Bantu IKS Pulihkan Perniagaan

Muat Naik Video di TikTok, Peminat Puji MK K-Clique Belum Mandi Pun Hensem