in ,

Usanita Sedia Platform Usahawan Bantu IKS Pulihkan Perniagaan

Usahawan wanita di luar bandar mempunyai satu lagi saluran untuk memulihkan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui Usanita Mall.

Platform khas itu disediakan bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.

Usanita Mall adalah platform e-dagang atau market place yang dibangunkan oleh Usanita Sdn Bhd yang mensasarkan peniaga dan pengguna online di seluruh Malaysia dengan objektif utamanya bagi memberi pendedahan perniagaan usahawan B40 dan M40 secara digital.

Screenshot 2023-05-18 at 12.42.32 PM

Kebanyakan usahawan ini adalah daripada golongan terkesan oleh pandemik Covid19 yang ingin kembali bangkit membina ekonomi keluarga. Kewujudan Usanita Mall adalah salah satu cabang bantuan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan menjelaskan, selari dengan arus digitalisasi kini, setiap usahawan perlu mengubah kaedah dan strategi perniagaan sesuai dengan corak pembelian masa kini

“Kalau nak dihitung market place yang ada hari ini, memang tidak terkira hingga wujudnya persaingan tetapi saya melihat dari aspek positif di mana platform ini telah membuka ruang kepada usahawan-usahawan untuk berdagang dan memperkenalkan produk mereka kepada umum.

“Malah kehadiran Usanita Mall juga bukan tujuan untuk bersaing dengan market place sedia ada namun ia lebih kepada membuka ruang baru.

“Lebih banyak ruang untuk usahawan berniaga, bermakna lebih besar peluang untuk mereka mendapatkan jualan serta menjana pendapatan yang akhirnya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi negara” katanya dalam sidang media di majlis rumah terbuka Usanita yang berlangsung di hotel Pullman, Kuala Lumpur.

Usanita Sedia Platform Usahawan Bantu IKS Pulihkan Perniagaan

Tambahnya lagi, paparan Usanita Mall yang ringkas dan mudah difahami ini sesuai untuk penggunaan setiap lapisan masyarakat.

Platform ini dibuka secara percuma kepada semua peniaga yang ingin membuka akaun di Usanita Mall dengan syarat perlu berdaftar sebagai perintis terlebih dahulu.

Usaha murni ini juga turut membawa Datuk Rosyam Nor sebagai ikon perniagaan yang membantu para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dari segi penjenamaan dan pemasaran produk bagi memastikan ianya mampu menembusi pasaran pada masa kini sekali gus meningkatkan jualan.

“Saya membantu secara percuma kepada lebih 50 produk usahawan IKS sebagai duta tanpa sebarang kos bayaran.

“Mereka yang berada dibawah program Usanita ini, boleh menggunakan gambar saya di pembungksan produk sebagai duta kepada peroduk mereka sendiri, secara tidak langsung membantu meningkatkan jualan dan ini terbukti sehingga penjualan produk mereka mencapai RM300,000 sebulan” katanya.

Rosyam turut menambah, usaha murni sebagai duta produk secara percuma ini diberikan selama satu tahun.

Tarikan utama Usanita Mall ialah senarai ‘VIP Merchants’ yang juga merupakan rakan strategik Usanita Sdn Bhd seperti Rizman Ruzaini, Awal Ashaari, Fiziwoo, Fazs Faozi dan ramai lagi. Dengan adanya senarai ‘VIP Merchants’ ini dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung ke platform ini.

Selain itu, Usanita turut keudara dalam program Usahawan Masterclass Buletin FM, melibatkan pengisian khas, Biz Spot di mana usahawan-usahawan daripada Perintis Usanita akan dijemput untuk membuat perkongsian menerusi segmen Santai Siang bersama Marsila Hassan.

Program-program Usanita juga akan disokong sepanjang tahun menerusi siaran luar Buletin FM dan penampilan khas penyampai Buletin FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iman Troye, MK K-Clique, PTTI Raikan Anak Yatim, Sumbang RM15,000

Viu Malaysia Lancar Siri Komedi Journal Sarahaeyo Gabungan Fandom K-Pop