in ,

Vino G. Bastian Menitis Airmata Selepas Menonton Filem WIRO SABLENG

Pada 27 Ogos, Budiey telah menghadiri Malam Gala Premiere filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 yang telah di XXI Epicentrum, Kuningan, Jakarta Selatan. Ternyata acara yang diadakan ini cukup besar-besaran dan sangat meriah. Dihadiri oleh selebriti popular Indonesia, pelakon filem Wiro Sableng dan juga peminat serta media.

Budiey & Vino

Seusai menonton, kelihatan Vino G Bastian mengusap kedua matanya. Umum sudah tahu bahawa Vino merupakan anak kepada penulis cerita Wiro Sableng iaitu Bastian Tito.

Semasa di temubual, Vino mengaku sangat terharu kerana akhirnya filem yang mengangkat karya bapanya berjaya dihasilkan dengan naskah yang cukup besar. Tambah lagi setelah bersusah payah melalui pengambaran, filem ini dapat ditayangkan kepada umum.

“Saya sangat bersyukur, sebagai ahli waris dari almarhum Bastian Tito bahwa Wiro Sableng bisa kembali dengan level sebesar ini, level yang tidak bisa saya duga sebelumnya.”

Vino juga mengucapkan terima kasihnya untuk penerbit iaitu Sheila Timothy serta untuk semua pasukan kru produksi dari Lifelike Picture dan semua pelakon yang terlibat.

Vino yang merupakan suami kepada Marsha Timothy, adik kepada Sheila Timothy itu juga mengungkap keharuannya. Sejenak ia terlihat menyeka wajahnya.

“Saya kalau ngomong kayak gini agak gak tahan sih. Terima kasih untuk teman-teman semua,” katanya.

Vino memaklumi, setiap orang yang membaca buku Wiro Sableng akan memiliki imaginasinya masing-masing. Ia berharap film garapan sutradara Angga Dwimas Sasongko ini membuka kesempatan agar film Indonesia semakin sukses.

“Mudah mudahan film ini, hasilnya baik. Bisa membuka kesempatan yang lebih luas untuk film indonesia,” katanya.

Filem WIRO SABLENG: PENDEKAR KAPAK MAUT NAGA GENI 212 bakal ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 27 September 2018.

wiro sableng pendekar kapak maut naga geni

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sherina Munaf Sebagai ANGGINI dalam Filem WIRO SABLENG

Percutian Merdeka: Hotels.com Syorkan Destinasi Menarik Bagi Pencinta Sejarah