in ,

Video Tiktok Ummi Nazeera & Nazreem Curi Tumpuan Warganet

Buat peminat pelakon, Ummi Nazeera pastinya sudah mengetahui bahawa dia mempunyai seorang abang yang memiliki paras rupa kacak. Malah, mereka berdua juga pernah dikatakan seperti kembar kerana wajah Ummi dan abangnya, Nazreem Musa itu mempunyai terlalu banyak persamaan, seiras!

Biarpun begitu, apa yang membuatkan adik-beradik selebriti ini mendapat perhatian ramai lagi apabila Ummi Nazeera yang dilihat bercuti bersama ahli keluarga sempat merakam video Tiktok bersama abangnya itu.

Dengan aplikasi Tiktok menggunakan nama Ummi Nazeera sendiri, nampaknya dia juga antara selebriti yang aktif menghasilkan video lalu berkongsikan kepada peminat dan pengikut menerusi laman sosial peribadi Instagram.

Dalam pada masa yang sama, Ummi Nazeera yang kini bahagia disisi suami dan anak perempuannya juga mengambil peluang itu untuk berkongsikan momen sweet mereka kepada umum.

“Wait for ittt. Bola Ayra datang kacau…” ujarnya dan menerusi video dapat dilihat, dia bersama abangnya terkejut apabila bola anaknya termasuk dalam video Tiktok.

Biarpun begitu dalam video-video Tiktok Ummi Nazeera, ternyata wajah kacak abang pelakon terbabit  turut meraih perhatian warganet dan diruangan komen pula, ini antara reaksi mereka.

Screenshot_658
Screenshot_659

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPhone 12 Skrin 5.4 Inci Mungkin Akan Dipanggil Dengan Nama iPhone 12 Mini

RENDANG DAGING DENDENG PERAK Sajian dari Istana, Berselera Makan!