in , ,

iPhone 12 Skrin 5.4 Inci Mungkin Akan Dipanggil Dengan Nama iPhone 12 Mini

Siri Apple iPhone 12 diramal akan diumumkan pada bulan hadapan dan pelbagai maklumat awal sudah pun dibocorkan dalam media.

Kini maklumat yang terbaru adalah iPhone 12 akan dilancarkan dalam empat saiz yang berbeza, di mana varian terkecil akan dinamakan iPhone 12 mini.

Menurut sumber, siri iPhone 12 akan terdiri daripada iPhone 12 Pro Max, iPhone 12 Pro, iPhone 12 dan iPhone 12 mini di mana varian yang paling kecil mempunyai skrin 5.4 inci. iPhone 12 dan iPhone 12 Pro mempunyai saiz skrin 6.1 inci, manakala iPhone 12 Pro Max pula berukuran 6.7 inci. Sebagai rujukan, iPhone 11 Pro mempunyai skrin 5.8 inci.

iphone

iPhone 12 diramal akan mempunyai teknologi skrin OLED, menyokong rangkaian 5G dan dilengkapi cipset A14 yang diperkenalkan dalam pelancaran iPad Air sebelum ini. Ia juga dijangkakan tidak dijual bersama pengecas dan fon telinga, seperti Apple Watch Series 6 yang tidak menyertakan pengecasnya dalam kotak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Baru Je Habis BuIan Madu Dengan Suami, Sekali Ayah Kandung Mira FiIzah ‘Sound’ Pasal Pakaiannya

Video Tiktok Ummi Nazeera & Nazreem Curi Tumpuan Warganet