in ,

Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza

Berlangsung dalam suasana meriah (sampai tak cukup tempat) di bawah bumbung Teeq Brasserie, Rooftop Lot 10, Bukit Bintang, Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta ini Budiey kira satu penanda aras untuk Siti terus menerokai genre kerohanian yang membawa mesej ketuhanan di masa akan datang. Teruskan usaha-usaha dengan menghasilkan karya bermutu sebegini.

Siti mengambil berkat sempena bulan Ramadan, semoga album ini diterima baik oleh pengemar muzik. Budiey suka dengar lagu Asmaul Husna. Best~

Aturcara pada lewat sore itu dimulakan dengan majlis berbuka puasa di mana hadirin disajikan dengan hidangan masakan Melayu. Budiey suka dengan sambal belacan dan satay daging ayamnya. Majlis dimulakan pada jam 8.15 malam dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis iaitu Ahmad Fedtri Yahya. Pembukaan sebuah pentomin oleh grup teater dari Istana Budaya. Disusuli dengan ucapan dari Siti Nurhaliza dan album dilancarkan dengan gimik…

Saksikan video sekitar majlis ini untuk lebih jelas gambarannya. Khas untuk korang peminat Siti Nurhaliza yang tak dapat datang~ Layaaaannn…


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Liyana Jasmay di Majlis Prebiu Filem PAPADOM

Video Klip Ku Percaya Ada Cinta Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran