in ,

Gambar Liyana Jasmay di Majlis Prebiu Filem PAPADOM

Pada jam 4 petang tadi telah berlangsung Majlis Pra Tonton Filem PAPADOM, sebuah filem yang memenangi Filem Terbaik FFM22. Korang boleh tonton filem ini selepas raya nanti iaitu 8 Oktober 2009.

Selesai sahaja menonton, tanpa disedari ada babak-babak yang menyentuh perasaan Budiey. Sesiapa sahaja yang dah tiada bapa, pasti akan merindui ayah anda masa menonton filem ini. Walaupun filem ini dalam genre Drama Komedi, tapi Budiey kira tema keibu-bapaan menjadi satu tema yang boleh mengundang air mata dari penonton.

Budiey kira, filem ini begitu sarat dengan tema kasih sayang, ketabahan juga kegigihan seorang bapa dalam memastikan keselamatan dan kebahagiaan anaknya. Hubungan Saadom (lakonan Afdlin Shauki) dan Miasara (lakonan Liyana Jasmay) semacam real dan ada keserasian. Mereka adalah tonggak utama dalam filem ini yang membawa anda jauh merenung akan kasih sayang yang pernah dicurahkan oleh seorang bapa.

Filem arahan Afdlin Shauki ini akan membuatkan korang rasa sakit perut sebab terlalu banyak ketawa dan akan merah mata sebab terlalu banyak menangis. Itu pun kalau korang terlalu cengeng.

Filem yang menelan belanja RM1.4juta ini menampilkan Vanidah Imran (sebagai Prof. Balqis), Scha (Shasha – budak senior yang selalu buli dan berlagak), Chelsia Ng (kawan rapat Miasara), Que Haidar (sebagai Mat, jejaka yang suka dengan Miasara), Norkhiriah (sebagai ibu kepada Miasara) dan ramai lagi lah.

Antara pelakon yang sampai awal ialah Liyana Jasmay… Budiey sempat ambil gambar ‘Miasara’ ni… mmm… solekan dan gaya rambut ni nampak mirip Fasha Sandha ke ni? Tapi memang Liyana nampak cantik dengan busana kuning cair nih.

Baju cantik ini rekaan Anizam Yusoff.

Liyana Jasmay akan bercuti selama seminggu sahaja untuk beraya di Kuala Lumpur dan tengahari raya pertama balik Melaka jap.

3906326087 05Cd02C59B O | 4

Merahnnya bibir Liyana

Liyana Jasmay

Fabulous

3907105114 1878C36A77 O | 5

Chanteq

3907105398 A67Ffae719 O | 6

Mirror

3907105828 D28A26D5C7 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Lagu Raya Raihan & Nuh Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza