in

Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Video Salma Mentor 5 Yang Terindah Hanya Sementara

Fuh, power giler vokal Salma Mentor 5 ni. Walaupun juri profesional Zainal Abidin kata, suara yang tinggi tidak bermakna dapat menyanyi dengan baik, tapi persembahan pertama Salma sangat outstanding kalau dibandingkan dengan peserta yang lain.

Tahniah buat Salma dan mentornya, Erra Fazira kerana menang juara mingguan Mentor grup B dengan kutipan markah tertinggi sebanyak 80 markah.

Rasanya, tak perlu lagi menimbulkan atau membangkitkan isu Salma tak cantik. Yang penting, Salma cantik pada persepsi Erra Fazira dan peminatnya. Betul kata Erra Fazira, cantik itu sesuatu yang subjektif. Tapi semalam, Budiey nampak Salma cantik je. Celah mana Salma Mentor ni tak shantek? Okay je Budiey tengok. Cume mata Salma sepet je la sikit. Apa-apa pun, sepet bukan bermakna Salma tak cantek okay! Sekali nampak macam Elly Mazlein. Dua kali tengok macam Ramlah Ram. Hehe..

Ada juga komen yang Budiey dengar, suara vokal Salma ni lagi superb kalau nak dibandingkan dengan mentornya, Erra Fazira. Ish, macam tu sekali ke? Tak patut, tak patut. Yang penting, Erra Fazira nampak sangat lawa meletop semalam. Performance masa kolaborasi dengan Salma mengembalikan ingatan Budiey masa zaman-zaman kegemilangan Erra Fazira dulu-dulu.

erra salma

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Jujurnya, pada saya memang betul suara salma lagi powerful dari erra. erra lebih berbakat dalam bidang lakonan dan modelling tetapi erra ada pengalaman dalam nyanyian jadi dia boleh bimbing salma menjadi penyanyi yang baik 🙂

  2. mmg sore salma superb dr protege2 yg lain… meremang bulu roma masa high note nyer tu…

    sapa kata salma xcantik?? punya lah lawa semlm tu sweet jer rasa nya… cantik tu kan subjektif… kalo x cantik rupa tapi cantik budi bahasa atau akhlak nya kan…

    pape pun mmg sokong salma & erra.. go girl 😉

  3. Betul cakap mentor Salma…cantik tu kan subjektif….Dah dia duduk sebelah bekas Ratu Cantik …memang la …..cuba Salma duduk sebelah orang biasa…rasanya Salma lagi cantik apa…….Ala relaks la….Kenapa masa Ayu OIAM dan Jac Malaysia Idol dulu tak timbul pun isu ‘Kecantikan ‘ ni ??? Ni Nas Ahmad punya pasal la…..Satu lagi si Edry tu apa hal nak perli ‘ drama – drama ‘ pulak…..?? Relaks la Bro, pasal angka giliran pun nak kecoh…..lepas ni bagi jela Iqa tu sain kontrak terus jadi artis KRU…..kalau dah tak profesional ….adat la dalam pertandingan………Tak main la undi – undi simpati ni …..Peminat sekarang bukannya bodoh nak nilai suara ke apa…….Bakat lebih penting daripada paras rupa ok…..

  4. setuju dgn nurul dan alin…mmg suara salma bagus dr erra tp erra ada byk pengalaman dlm pelbagai karier seni yg dilihat penting utk seseorang baru mcm salma..sebenarnya jika tidak dimekap dan berpakaian glamor, mmg salma nmpk biasa je..tp itu semua tk penting krn kita lebih utamakan bakat dan budi bahasa..dan utk edry, kami bukan budak kecil yg tk tau menilaikan seseorg peserta mentor..kami lihat secara keseluruhan…bukan undi kesian atau disebabkan ada “drama”…jgn marah edry, sbb edry ttp berkredebiliti tinggi dlm industri seni…

  5. Exacly….suara salma lagi power….mmg meremang bulu tengkuk bila dgr high note dia..dan jujur saya katakan gak suara dia lagi super dr erra fazira.ini dah kira rezki era dpt protege seperti salma,utk Edry relax la adat bertanding….kitaorg peminat2 ni tgk pada kehebatan penyanyi tersebut….kitaorg pun bkn kira sgt dia cantik ke tidak…..kalo nak di ikutkan semua penyanyi baru sekarang ni just menyanyi seperti biasa nak cari vokal cam salma n jac dah susah……,so dr persembahan awl salma akan menunjukkkan dia punya harapan utk berjaya

  6. Memang lah suara salma lebih power dari mentornya.Tapi, kita kenelah tengok sape mentornya pulak.Bukan calang2 artis tu.Itu lah kehebatan seorg primadonna.Org2 yg tak meminati kenelah akui hakikat ni kan?

  7. Erra bertuah dapat Protege bersuara power gitu!
    Salma bertuah sbb dapat Mentor yg banyak pengalaman seni.
    Yang bongok—–> Nas Ahmad…dahla hitam, rambut ketak2 macam tak basuh 10 tahun, ntah2 ada kutu! Bluwek to Nas Ahmad yg suka bikin kecoh!
    😛

  8. ape nye x cantek salma nas ahmad oi.??..ko igt ko tu hensem sgt.??..ak igt lebih cntik dr anak branak ko kot..dh la itam…rmbut mcm ke karen..busuk..jgn kn ko nyanyi..suara ko pon kalo bcakap cam senadar jer..x bnfsu aku dgr…sblm ko nk kutuk salma..ko tgk la diri ko tu dlu..

  9. salma suara mmg power, cantek pun cantek apa???. insyakallah salma pasti bergelar juara tahun ini, berbekalkan tunjuk ajar kak erra fazira insyakallah salma pasti bergelar juara. salma salma salma….

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Kahwin Kris Dayanti Raul Lemos

Tycoons of Asia Tony Fernandes