in ,

Video Sajat & Kawan-Kawan Selepas Solat di Raudhah Tersebar di Facebook

Masih lagi hangat diperkatakan mengenai kisah usahawan kosmetik, Nursajat yang kini sedang menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Bukan sesuatu yang tidak baik mengerjakan ibadah di Tanah Suci, namun apa yang menjadi pertikaian ramai adalah penampilannya di sana sebagai seorang jemaah wanita.

Tular gambar dekat ‘airport’ pakai jubah lelaki

Terbaru, tular pula sekeping gambar Sajat dan dua orang rakannya ketika di lapangan terbang, dengan memakai jubah lelaki dan tidak mengenakan tudung.

Sampai Mekah pakai telekung?

Kemungkinan besar Sajat lepas pergi ke Tanah Suci sebagai jemaah lelaki, namun dia mengubah semula penampilannya sesampai sahaja di Tanah Suci.

Bagaimana pun dalam salah satu perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, menyatakan kekeliruan berikutan dua lagi sahabat Sajat, yang dipercayai ‘Mak Nyah’ turut mengerjakan Umrah dan menjalani ibadah dalam kalangan jemaah wanita.

Boleh dikatakan, kebanyakan netizen mempersoalkan bagaimana Sajat dan rakan-rakannya dapat mengejarkan Umrah dengan beridentiti sebagai wanita.

Masyallah… Bagaimana dgn wuduk wanita2 yg korang asakkan tu… Xde ke muffti ka pu ka nk ulas dan panggil depa ni… Nk jd ppn tu fine..hak hang..dosa hang..tapi buat macam ni nk buktikan apa ya? Nak nafikan Allah swt?

Posted by Mawar Ismail on Sabtu, 1 Februari 2020

Biarlah itu antara mereka dengan Allah, kita sendiri juga tidak tahu sejauh mana identiti jantina mereka. Diharapkan, semoga Allah lorongkan hati mereka untuk kembali kepada fitrah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zayne Pelapis Baru Inteam

Sajat Tunai Umrah Berpakaian Wanita, Ini Komen PU Amin & Netizen