in ,

Video Pengakuan Zamani: Walau Maruah Tercalar Sanggup Tolak Ego

Semasa ditemubual sejurus selepas Konsert Suku Akhir GV5, Zamani telah buat pengakuan dan juga penjelasan tentang isu kesihatan dan khabar angin menarik diri dari Gegar Vaganza.

Semasa ditemubual sejurus selepas Konsert Suku Akhir GV5, Zamani telah buat pengakuan dan juga penjelasan tentang isu kesihatan dan khabar angin menarik diri dari Gegar Vaganza.

Zamani mengatakan walaupun pada mulanya beliau merasakan maruah tercabar, namun dia menolak rasa ego untuk menarik diri dari Gegar Vaganza musim ke-5.

Tonton Video Penuh Pengakuan Zamani: Walau Maruah Tercalar Sanggup Tolak Ego Demi…

Ini adalah kerana beliau merasa bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan dan mahu menghargai peluang selepas mendapat imuniti dari Datuk Seri Alif Syukri.

“Saya berterima kasih kepada produksi kerana memberi peluang muncul di pentas meskipun tidak boleh menyanyi ketika itu. Ini semua kerana maruah.”

Begitu kata penyanyi Zamani mengenai kegagalannya untuk membuat persembahan menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada program Gegar Vaganza 5, minggu lalu.

Kenyataan bekas vokalis kumpulan Slam itu sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang mengatakan wujud elemen drama membabitkan dirinya dan pihak produksi.

Zamani mengakui, dia pada mulanya enggan muncul kerana tidak mahu memalukan diri di atas pentas, namun memikirkan sokongan peminat menyebabkannya menggagahkan diri dan mencuba untuk menyanyi.

“Sepanjang minggu lalu, saya memang sakit hingga tak boleh keluar suara. Namun, apabila dapat imuniti daripada Datuk Seri Aliff Syukri, ia satu tanggungjawab untuk saya.

“Ramai suruh tarik diri, tapi saya tolak keegoaan. Dalam masa sama, imuniti itu ikhlas dan saya perlu galas kepercayaan diberikan.

“Apa yang berlaku minggu lalu bukan drama. Perkara ini tidak perlu diulas panjang lebar lagi. Nak percaya atau tidak, saya tak boleh nak komen. Terpulang kepada masing-masing,”

Zamani Gegar Vaganza

Berkongsi mengenai tahap kesihatannya, Zamani yang menyampaikan lagu Hapus Aku oleh kumpulan Nidji ketika ditemui semalam mengakui masih memerlukan rawatan dan pemantauan daripada doktor.

“Menurut doktor, peti suara saya ok. Cuma, ada kemerahan. Doktor pun tak tahu kenapa suara boleh hilang.

“Saya hanya pergi klinik yang dicadangkan Datuk Khadijah Ibrahim. Macam minggu ini pun, saya masih belum sembuh sepenuhnya.

“Selasa lalu saya demam panas, Khamis okey dan Jumaat pula tak datang latihan. Jadi, Sabtu baru mula berlatih tugasan diberikan.”

Semoga Zamani sukses hingga ke Konsert Final GV5.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Flizzow Menang Best Southeast Asia Act MTV 2018

Tentang Program Anugerah 3K & MyDMBS 2018