in ,

Video Pemandu Rempuh Kereta Gara-Gara Mahu Lari dari Polis Terima Kecaman Netizen

Pada hari ini, satu video berdurasi 30 minit telah viral di Instagram di mana video tersebut memaparkan sebuah kereta Proton Waja merempuh kenderaan lain di hadapan dan belakangnya dalam percubaan meloloskan diri dari ditahan pihak polis.

Video yang memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh itu juga telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dan mendapat perhatian dengan meraih sebanyak lebih 49 ribu tontonan.

Memetik makluman awal yang dikongsi oleh laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, kereta terbabit enggan berhenti untuk pemeriksaan apabila diarahkan oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Video Pemandu Rempuh Kereta Gara-Gara Mahu Lari dari Polis Terima Kecaman Netizen

Selepas gagal untuk mencelah di antara dua kenderaan di hadapannya, suspek kemudian mengundurkan kereta ke belakang dan melanggar kereta lain. Jadi, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.

Bagaimanapun selepas beberapa kali merempuh dua kenderaan di hadapannya, suspek akhirnya berjaya memecut kenderaannya.

Difahamkan lagi, kejadian berkenaan berlaku di atas ‘flyover’ dari Tol Sungai Buloh/Sieramas menghala ke Sri Damansara/Kepong.

Kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12.50 tengah hari hingga jam 1 tengah hari tadi dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang turut berada di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Bagaimanapun dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak dan merempuh lori yang berada di hadapannya.”Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah,” 

Suspek yang didakwa cuba merempuh anggota polis menyebabkan dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar hadapan kiri kereta itu.Malah, kereta penjenayah turut mengundur dan merempuh beberapa kenderaan lain,”

Saya rasa anggota polis terbabit amat berdiplomasi dan menggunakan kekerasan minimum. Mereka tidak menembak penjenayah terbabit walaupun berpeluang melakukannya.Malah penjenayah akhirnya berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar kenderaan pancit,” katanya.

Berdasarkan maklumat, kereta penjenayah akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai.

“Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran,”

Rata-rata netizen meluahkan kemarahan dan mengecam perbuatan pemandu kereta Waja terbabit yang disifatkan tidak wajar.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, mengesahkan kejadian itu berlaku di bawah bidang kuasa Balai Polis Sri Damansara, di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun anggota polis yang mengejar suspek dari IPD Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian yang tular itu dalam masa terdekat.

*Sumber: Astro Awani & BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramayan Pertaruhkan Album Epik Fantasi

Aeril Zafrel Didakwa Main Kayu Tiga, Wawa Zainal Terima Mesej Merapu Merabah di Instagram