in , ,

Aeril Zafrel Didakwa Main Kayu Tiga, Wawa Zainal Terima Mesej Merapu Merabah di Instagram

Wawa Zainal telah mendedahkan yang dia menerima satu kiriman mesej di Instagram (IG) berkaitan suaminya, aktor Aeril Zafrel. Wawa memuat naik paparan skrin (screenshot) yang diterima kononnya daripada kawan rapat Aeril. Meh kita baca!

Mungkin ada sesetengah pihak terkejut kononnya desas-desus mengatakan Aeril Zafrel curang terhadap isteri beliau yang juga pelakon dan usahawan, Wawa Zainal. Ini kerana, Wawa Zainal dilihat memuat naik gambar berupa screenshot mesej yang diterimanya menerusi akaun instagram miliknya pada Khamis yang mengatakan individu terbabit merupakan kenalan rapat Aeril.

Dakwaan individu terbabit, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu telah bermain kayu tiga di belakang isterinya.

Wawa Zainal

“Hi. Saya ialah kawan rapat suami kamu dalam Instagram (IG). Dia kahwin kamu dan ‘membuat’ dengan perempuan lain.

“Semalam dia mesej saya dan tanya boleh tak kita ‘membuat’?

Saya kata okey esok dekat hotel Melaka. Jadi kamu datang dekat Jonker Street, saya jumpa kamu kemudian kamu tengok suami kamu bogel dalam bilik hotel,

– tulis individu yang tidak didedahkan namanya.
Wawa Zainal

Kononnya menurut individu itu, Aeril berlaku curang dengan menghantar mesej kepada individu terbabit dan mengajaknya untuk melakukan perkara ‘sumbang’.

Namun, sebagai isteri Wawa Zainal dilihat tidak cepat melatah dengan kiriman mesej tersebut lantas menyifatkan manusia zaman sekarang memang menakutkan tulisnya menerusi ruangan kapsyen gambar berkenaan.

Terdahulu, pasangan sama cantik, sama padan ini baru sahaja menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9 pada 25 Februari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia satu tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Pemandu Rempuh Kereta Gara-Gara Mahu Lari dari Polis Terima Kecaman Netizen

CIIF & Leadwomen Berkolaborasi Untuk Mengetengahkan Isu-Isu Berkaitan Kepimpinan Wanita