in , ,

Video Panik Rumah Diceroboh, Nabila Huda Akui Ia Cuma Gimik

Pelakon Nabila Huda mengakui video cemas yang dirakamkan di Instagram Storynya pada bulan lalu adalah gimik semata-mata.

Video itu dirakamkan untuk memberikan promosi awal (teaser) untuk program terbaharu terbitan Astro, The Masked Singer yang memperlihatkan kemunculan Nabila sebagai salah seorang juri tetap rancangan tersebut.

Menurut Nabila, dia merasa serba salah selepas mengetahui ada di kalangan rakan artis yang begitu risaukan keadaannya selepas menonton video tersebut.

THE MASKED SINGER MALAYSIA

“Video cemas itu saya berlakon sahaja dan ia merupakan teaser untuk program The Masked Singer. Saya jadi serba salah bila ada kawan-kawan ingat benda itu betul. Sorry guys, saya berlakon sahaja. Saya kan seorang pelakon yang suka memberi tapi tak sangka lakonan saya terlalu keterlaluan sampai buat semua orang risau.

“Fizz Fairuz dan Nabil antara yang ingat video itu betul sampai nak buat laporan polis. Saya pula memang dah lama tak berlakon cerita suspen, lagilah saya buat bersungguh bila pihak produksi suruh buat video teaser,”

– Nabila Huda
THE MASKED SINGER MALAYSIA
Nabila ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer di De.Wan, The Linc, Kuala Lumpur.

Nabila ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer di De.Wan, The Linc, Kuala Lumpur.

Nabila menjelaskan lakonannya itu turut mencemaskan anak tunggalnya, Keisha Laila, 11, yang terus menghubunginya sebaik menonton video tersebut.

“Saya lupa nak beritahu Keisha yang itu video gimik, bila dia tengok video tu dia terus hubungi saya. Dia telefon saya tengah-tengah malam, dia cakap dia panik dan takut apa-apa jadi pada saya. Sorry Keisha, you kena pranked,” ujar Nabila sambil tertawa.

– Nabila Huda

Sebelum ini, Nabila memuat naik video di laman Instagramnya memberikan gambaran seolah-olah rumahnya dimasuki perompak pada tengah malam.

Dalam video itu juga, Nabila kelihatan panik dan hampir menangis kerana risau diapa-apakan memandangkan dia bersendirian di rumah pada ketika itu.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengurus Khai Bahar, Fadly Yusof Meninggal Dunia

Hafidz Roshdi Timang Baby Boy! Tarikh 9.9 Sama Dengan Anak Sulung