in ,

Pengurus Khai Bahar, Fadly Yusof Meninggal Dunia

Baru sahaja menerima perkhabaran duka, pengurus Khai Bahar iaitu Fadly Yusof (Fad) telah meninggal dunia sebentar tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat.

PENGURUS kepada penyanyi Khai Bahar iaitu Fadly Yusof meninggal dunia akibat kegagalan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor jam 10 pagi hari ini.

Khai ketika dihubungi berkata, semalam dia baru sahaja melawat Allahyarham dan terkejut apabila menerima perkhabaran duka itu pagi tadi.

Pengurus Khai Bahar, Fadly Yusof Meninggal Dunia

“Semalam saya bersama pegawai perhubungan awam saya datang melawat arwah di hospital.

Namun dia berada dalam keadaan koma dan kritikal.

Tak sangka pagi tadi dapat panggilan telefon daripada pembantu peribadi yang maklumkan dia sudah meninggal dunia,”

– Khai Bahar

Menurut Khai, sepanjang tujuh tahun bersama Allahyarham dia antara insan yang banyak membantu dan memberikan nasihat untuk kerjaya seninya sebagai penyanyi.

“Arwah seorang yang pendiam tapi dia selalu bagi nasihat dan motivasi supaya saya terus perbaiki kelemahan diri.

Sepanjang bersamanya kami selalu berbincang dan kami saling bertoleransi. Tiada banyak masalah yang timbul sepanjang bekerja dengannya,”

– Khai Bahar

Allahyarham Fadly dikebumikan selepas solat Asar hari ini di kampung halamannya di Batu Pahat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Terlepas Cakap, Siti Sarah Bertemu Wakil Orang Asli Untuk Mohon Maaf

Video Panik Rumah Diceroboh, Nabila Huda Akui Ia Cuma Gimik