in ,

Video Muzik Lagu MEMORI Ada Unsur Phantom of The Opera

Mengambil inspirasi dari pementasan Broadway terkenal iaitu Phantom of The Opera karya Andrew Lloyd Webber, video muzik Memori mengisahkan tentang cinta yang tidak kesampaian sang heronya. Terpaksa menyembunyikan wajahnya kerana kecacatan akibat kemalangan semasa kecil yang membuatnya hodoh di pandangan masyarakat, sang hero bekerja di belakang tabir sebuah produksi teater di ibu kota di mana dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis bakat baru yang mula menyinar.

Namun cintanya ternyata terhenti sekerat jalan kerana gadis yang dicintainya telah disunting oleh seorang ahli perniagaan yang kaya raya lagi tampan dan yang turut melabur dalam syarikat produksi teater terbabit. Menerima hakikat akan hasrat cintanya yang takkan pernah kesampaian, sang hero telah meluah rasa hatinya melalui gubahan lagu Memori untuk membuktikan bahawa walau dia berundur, dia tetap setia mengingati memori – memori indah gadis yang dicintai itu hingga ke akhirnya.

Nik Nabil

Bersempena dengan tema Phantom of The Opera itu, video muzik ini telah mengambil langkah berani menggunapakai set kostum dan juga topeng-topeng berbentuk teatrikal untuk menambahkan efek serta penghayatan persembahan video muzik ini.

Video klip yang tidak berbajet besar ini dibuat bersama dengan hasil usaha dari DMZ Design dan telah mengambil lokasi di sekitar ibu kota sahaja.

“Kami mahu berlatarbelakangkan hutan kerana hutan mampu menguak 1001 misteri dan rahsia. Kami cuba portray sang hero ini akhirnya dapat berlakon di dalam sebuah pementasan yang selayaknya dan akhirnya dapat menyanyi untuk meluah perasaan cintanya kepada gadis itu. Kami bermain dengan konsep topeng dari Phantom of The Opera, dari situlah lahirnya beberapa konsep topeng yang diperagakan di dalam video ini.”

“Kami tidak putus asa dalam mencari kelainan dalam menterjemah konsep dan rupa topeng Phantom of the Opera. Setelah mengambil sedikit idea dari seni dan sejarah nusantara, topeng – topeng bertatah ratusan kristal berwarna – warni menjadi taruhan. We had fun doing this. We even nicknamed the masks along the way,” sambung Nik Nabil.

“For me, I can’t compete dengan big budgeted MTVs and this is really more like an experimental music video for us. Saya tahu, dalam dunia digital sekarang, sesebuah lagu memerlukan video muzik yang kuat untuk menolong menterjemah feel lagu tersebut. This is what we’re trying to do. Its not the best, but its a start,” komen Mukhriz dan Dayah dari DMZ Design, pasangan suami isteri yang menjadi nadi dalam pembikinan video Memori ini.

“Saya meminta maaf jikalau look and feel video ini tidak sekomersil seperti yang di pasaran tetapi saya percaya interpretasi DMZ Design adalah unik dan saya berasa bertuah dapat bekerjasama dengan mereka dalam merealisasikan video muzik Memori ini. Harap- harap, para pendengar lagu Memori dapat menerima video muzik ini sebagai buah tangan dari saya,” tambah Nik Nabil seraya menamatkan perbualan.

About Nik Nabil
Nik Nabil adalah singer songwriter indie yang meminati muzik yang pelbagai. Sebelum mula menggubah lagu berbentuk pop, beliau banyak terpengaruh dengan muzik-muzik new age dan alunan suara dari penyanyi seperti Andrea Bocelli, Josh Groban, Mario Frangoulis, Vittorio Grigolo, Sarah Birghtman dan juga Hayley Westenra. Beliau pernah berpeluang merangkul Piala Asia Pasifik di dalam The 3rd Asia Pacific English Presentation Contest di Fukuoka, Jepun pada tahun 2000 yang diadili oleh pemenang anugerah Nobel dan juga wakil-wakil dari institusi seperti Harvard, Stanford, Cambridge dan Daiichi School of Economics.

Beliau boleh dicapai melaui laman-laman internet sosial seperti :

WordPress : nabilamin.com
Tumblr : http://niknabilofficial.tumblr.com/
Pinterest : http://www.pinterest.com/niknabilOffical/
Facebook : https://www.facebook.com/niknabilOfficial

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Muzikal SudirMANIA di Istana Budaya

School Break Special Tayang Empat Filem Animasi Terbaik