in ,

Video Muzik AKU MALU oleh Aqeesh Aleeya Dilancarkan

Lagu juga boleh didengari di beberapa platform digital

Video muzik ‘Aku Malu’, single oleh juara pertandingan bakat dalam talian Bakat Ohsem Malaysia (BOM) anjuran hurr.tv Aqeesh Aleeya dilancarkan hari ini. Video muzik berkenaan boleh ditonton di laman YouTube hurr.tv di pautan https://bit.ly/2ImfVo4 mulai jam 5 petang.

Lagu ciptaan komposer DJ Fuzz dengan lirik oleh Hez Hazmi ini secara rasmi dilancarkan pada 4 Jun 2018 dan telah berada di beberapa platform digital antaranya iTunes, Spotify, Apple Music, Yonder Music, KKBox dan Joox.

Video muzik ‘Aku Malu’ menampilkan Aqeesh bersama naib juara BOM Nasty Rock Crew dalam klip yang ceria, lincah dan penuh tenaga. Lagu ini menggambarkan situasi di mana seorang gadis/jejaka yang jatuh cinta dalam diam kepada seseorang yang diminati. Perasaan suka terhadap individu itu pula semakin lama semakin menebal. Walaupun begitu, gadis/jejaka berkenaan tidak berani untuk meluahkan perasaan sebenar kepada individu yang diminati. Penonton juga boleh melihat di sebalik tabir pembikinan lagu ‘Aku Malu’ di program khas berjudul ‘Aqeesh’ di aplikasi telefon pintar, laman web dan saluran YouTube hurr.tv.

Video Muzik Aku Malu Oleh Aqeesh Aleeya

Kerjasama dengan DJ Fuzz dan Hez Hazmi bermula sejak Februari 2018. DJ Fuzz adalah seorang komposer yang telah menyumbangkan khidmatnya bagi beberapa penyanyi terkenal antaranya Mizz Nina, Awi Rafael, Altimet dan Saleem Iklim. Manakala Hez Hazmi pula dikenali sebagai penulis lirik antaranya bagi lagu So Fine nyanyian Mark Adam dan Cinta Luar Biasa nyanyian Azren Albakri. Pembikinan lagu ‘Aku Malu’ dilakukan pada 29 Mac 2018.

Menurut Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly, “Lagu ‘Aku Malu’ ini adalah satu karya yang saya pasti akan menarik perhatian pendengar dengan irama pop dance yang ditampilkan. Konsep lagu ini juga amat sesuai dengan karakter Aqeesh yang sememangnya lincah dan bertenaga. Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan komposer serta penulis lirik berbakat DJ Fuzz dan Hez Hazmi.”

Untuk mengikuti perkembangan terkini Aqeesh di media sosial, ikuti beliau di Instagram @aqeeshaleeya dan Facebook www.facebook.com/aqeesh.aleeya.

Video Muzik Aku Malu Oleh Aqeesh Aleeya

Video Muzik Aku Malu Oleh Aqeesh Aleeya

Video Muzik Aku Malu Oleh Aqeesh Aleeya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kotak Edisi Terhad F9 Starry Purple Ayda Jebat

Ezad Lazim Dalam Dimensi Legenda Tema Zaman KAMPUS