in ,

Hurr.tv Siar Sebalik Tabir Perjalanan Seni Penyanyi Remaja AQEESH

SAKSIKAN PERJALANAN SENI PENYANYI REMAJA ‘AQEESH’ SECARA EKSKLUSIF DI HURR.TV

-Di sebalik tabir bersama Aqeesh bagi pembikinan single pertama beliau-

Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah rancangan online eksklusif dengan judul Aqeesh yang akan membawa penonton mengikuti perjalanan seni juara Bakat Ohsem Malaysia (BOM) yang pertama, seorang gadis berbakat bergelar Aqeesh Aleeya, 14 tahun.

Program lima episod web ini akan disiarkan di laman web hurr.tv dan YouTube setiap hari Jumaat bermula 25 Mei hingga 15 Jun 2018 pada jam 9.30 malam.

Aqeesh-Web-Banner-logo

Aqeesh akan membawa penonton untuk mendekati lebih lanjut kehidupan harian pemilik nama sebenar Nur Balqis Aleeya Shahrom setelah bergelar juara rancangan realiti bakat dalam talian, BOM anjuran hurr.tv. Edisi pertandingan yang pertama itu pada 23 Disember 2017 menyaksikan Aqeesh membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Proton Saga 1.3 (A) sumbangan MyMotor.

Penyanyi muda ini mula membabitkan diri di dalam dunia seni sejak berumur 9 tahun dengan menyertai pelbagai program nyanyian antaranya Bintang Kecil RTM 2013 dan 2014. Pada kedua-dua edisi berkenaan, beliau telah muncul sebagai Peserta Terbaik Semenanjung serta naib juara keseluruhan pada tahun 2014. Selain itu, Aqeesh juga pernah muncul sebagai hos bagi program ‘Planet Kids TV2’.

Menerusi rancangan Aqeesh, penonton secara eksklusif dapat melihat rutin harian beliau. Episod web pertama bakal menyaksikan penonton dibawa lebih dekat bersama Aqeesh untuk mengetahui aktiviti hariannya di rumah. Adakah si cilik ini seorang yang manja bersama ibu bapanya? Bagaimana pula hubungan Aqeesh bersama adik beradiknya yang lain? Aqeesh juga akan berkongsi pengalamannya sebagai peserta BOM serta rancangannya selepas memenangi wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta.

Episod web kedua pula akan mengikuti Aqeesh ke sekolahnya. Sebagai seorang pelajar, pastinya penonton ingin mengetahui bagaimanakah beliau dapat mengimbangi masanya antara pelajaran dan aktiviti seni. Penonton juga akan melihat temu ramah khas bersama guru-guru dan rakan-rakannya di sekolah berkongsi pendapat mengenai Aqeesh.

Episod web ketiga hingga kelima pula bakal memaparkan pertemuan Aqeesh bersama artis- artis hebat Malaysia antaranya Tomok dan Khai Bahar. Pertemuan berkenaan menyaksikan Aqeesh menerima nasihat, tunjuk ajar dan panduan berguna bagi beliau untuk kekal relevan di dalam industri seni.

Selain itu juga, Aqeesh turut berpeluang untuk berduet secara langsung bersama idolanya menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan secara akustik. Menerusi episod web kelima juga, penonton akan menyaksikan kolaborasi penyanyi muda ini bersama seorang komposer lagu terkenal Malaysia, iaitu DJ Fuzz dan penulis lirik Hez Hazmi. Bakal muncul dengan single pertamanya pada Jun depan, lagu yang bakal dinyanyikan Aqeesh adalah berunsurkan pop dance.

“Aqeesh adalah program khas hurr.tv bertujuan memperkenalkan bakat baharu naungan kami iaitu Aqeesh Aleeya. Hanya berumur 14 tahun, saya yakin bahawa bakat yang dimiliki Aqeesh bakal merancakkan lagi industri seni tanah air. Bakat segar dan tersendiri Aqeesh ini sudah pastinya memberikan beliau kelebihan bagi menjadi pelapis penyanyi-penyanyi unggul di Malaysia.

Dengan harapan juga, bakatnya akan mendapat pengiktirafan bukan sahaja di dalam negara, malah turut diakui di peringkat antarabangsa suatu masa nanti,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Tonton Aqeesh mulai Jumaat, 25 Mei 2018 jam 9.30 malam hanya di laman web hurr.tv dan saluran YouTube. Viwers juga boleh menonton semua episod di telefon pintar mereka dengan memuat turun aplikasi hurr.tv yang dilancarkan secara percuma dari iTunes App Store dan Google Play Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti kami di:

Website │Facebook │YouTube│ Instagram │Twitter │Aplikasi Telefon Pintar

MENGENAI HURR.TV
hurr.tv ialah hab digital gaya hidup kontemporari yang dilahirkan dari keperluan untuk mencipta portal yang memberikan nuansa segar dengan tumpuan pada kandungan yang hiburan, urban, relevan dan realiti di layar internet. Ruang ini kami dedikasikan untuk memenuhi kapasiti inspirasi anda merangkumi segenap halaman gaya hidup; dari trend style terkini, gosip hangat artis Malaysia, teknik tata rias paling ‘on-point’, resepi ‘simple’ dan mudah, idea dan tips DIY hiasan rumah, kembara berkayuh sambil beramal, hinggalah tips-tips kesihatan khas untuk anda tampil unggul secara fizikal dan spiritual sepanjang hari! Percaya atau tidak, apa yang kami tampilkan di sini adalah sesuatu yang kami lihat, fikir, dan rasa ia perlu disampaikan kepada anda semua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem ISLE OF DOGS

Ude Wahid ‘Sound’ Bekas Isteri Henti Tagih Simpati