in

Video Lagu Teater Musical Mamma Mia di Istana Budaya

Korang dah tonton filemnya, kini korang boleh menyaksikan teater muzikalnya. Yea… Mamma Mia singgah mengegarkan bumi Malaysia dengan rangkaian lagu ABBA. The Smash Hit Musical! Hebat! Hebat! Nak kata apa lagi, kan?

Budiey minat gila dengan lagu ABBA. Itu antara satu sebab mengapa Budiey gila sangat nak menonton teater musical ini walaupun harga tiket yang paling murah pun RM200! Dan dengar khabarnya, tiket sudah pun habis dijual. Begitu hebat penangan MAMMA MIA.

3117828839 Ff90B0Cf06 | 4

Pada 17 Disember yang lalu, Budiey telah berkunjung ke Istana Budaya untuk menyaksikan 15 minit sneak preview untuk teater ini. Selepas menyaksikan persembahan dua buah lagu yang terkandung dalam teater muzikal paling popular di Britain ini, Budiey dah rasa demam. Demam untuk menyaksikan teater ini sepenuhnya.

Maka, pada hari ini, Budiey akan ke Istana Budaya sekali lagi untuk menyaksikan sendiri bagaimana hebatnya persembahan Mamma Mia yang hebat diperkatakan ramai.

3118655682 93F4177802 | 5

Tarian yang bertenaga penuh keasyikan.

3117826599 Cf0Da2F961 | 6

Dari pandangan lensa kamera Budiey

3117825961 0468D5A08A | 7

Dramatik. Lightingnya menawan dan tengoklah sendiri kostum. Sangat detail!

3118655128 69B317F43F | 8

Memang dah terlatih. Pelakon dah pun sign kontrak setahun. Memang mahir di pentas. Budiey suka dengan back ground… laut membiru.

Sudah menjajah 25 buah negara sejak tahun 1999 lagi, teater Mamma Mia ini katanya telah dialih bahasa dalam beberapa bahasa utama di seluruh dunia. Antaranya adalah, bahasa Sepanyol, German, Denmark, Belanda, Korea, Sweden dan Russia. Jadual pelakon dan penari profesional ini sungguh padat sepanjang tahun. Setakat ini, kira-kira 30,000 orang telah menontonnya.

Menjelang Krismas barangkali, maka sesuailah Mamma Mia singgah di Kuala Lumpur. Selama hampir dua minggu ini ia akan mengegarkan Istana Budaya bermula daripada semalam hingga 4 Januari 2009.

JALAN CERITA MAMMA MIA

Mamma Mia mengisahkan tentang seorang anak gadis yang akan berkahwin namun pada masa yang sama mahu mencari ayah kandungnya. Dia telah menjemput tiga orang bekas kekasih ibunya untuk menghadiri majlis perkahwinannya dengan harapan dia dapat menemui ayah kandungnya.

Pelbagai peristiwa lucu yang berlaku semasa dia mencari ayah kandungnya. Diringi dengan lagu-lagu yang mengasyikkan seperti Dancing Queen, Mamma Mia, Honey, Honey, Honey dan banyak lagi lagu tahun 70 dan 80 an daripada kumpulan pop ABBA, penonton pasti akan terhibur ketika menonton teater ini.

Untuk mengetahui siapakah ayah kandungnnya? Sama-samalah kita dapatkan tiket untuk menyaksikan teater Mamma Mia di Istana Budaya.

Tiket-tiket berharga RM500, RM400, RM300, RM200 mengikut tempat duduk yang disediakan boleh didapati di Axcess Hotline dengan menelefon talian 03-77115000 (Isnin-Jumaat: 9 pagi hingga 6 petang, Sabtu: 9pagi-1 petang). Atau tempah secara online dengan melayari www.axcess.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

13 BUAH BAND TERHEBAT DALAM HOMEGROWN MUSIM KE-3

Gambar Nur Fazura & Nurul Gayakan Rekaan Hatta Dolmat di Mifa 2008