in ,

Video Klip Aku Maafkan Kamu Jamal Abdillah

KLIP VIDEO “AKU MAAFKAN KAMU” MENCAPAI JUMLAH PENONTON TERTINGGI

Walaupun telah lebih tiga dekad bergiat dalam industri muzik tempatan, nama Jamal Abdillah tidak pernah lekang disebut. Daripada konsert-konsert besar sehinggalah majlis penganugerahan yang berprestij, Anugerah Juara Lagu misalnya, nyanyian beliau masih menjadi pilihan sehingga kini!

Terbaru, hasil kolaborasi beliau bersama ikon rap, Malique, membuahkan kejayaan apabila AKU MAAFKAN KAMU sering diputarkan dicorong-corong radio tempatan, sekali gus menempatkan lagu ini di tangga yang teratas dalam hireraki lagu-lagu pilihan. Klip video lagu ini pula telah mencapai jumlah penonton tertinggi dengan angka yang melebihi 3 juta penonton! Hal ini membuktikan betapa lagu ini sangat digemari pencinta muzik tempatan!

Kini Jamal Abdillah bakal muncul dengan single kedua beliau daripada album terbaru Raja Pop 2, bertajuk BAHAGIA SEMENTARA. Lagu ini merupakan hasil kerjasama Jamal Abdillah dan Razman, (penerbit lagu yang terkenal dengan lagu “Kalau Mencari Teman” dedangan Ziana Zain).

BAHAGIA SEMENTARA merupakan sebuah lagu yang berirama balada klasik, mengisahkan percintaan yang tidak kesampaian. Melalui lirik yang disampaikan, lagu ini jelas menyampaikan mesej betapa sang pencinta sangat tulus mencintai kekasih hatinya. Namun, cintanya bagaikan tidak dihargai apabila kekasih hatinya menginginkan perpisahan tanpa penjelasan diberikan. Lalu, talian percintaan ini terungkai, menafsirkan BAHAGIA SEMENTARA…

BAHAGIA SEMENTARA
Senilagu : Razman
Senikata : Dean Musthafa
Hakcipta Senilagu & Senikata : NAR Publishing

Tak pernah aku
Meraguimu
Kau menawanku
Hadirmu
Merawat sepi di ruang hati ini
Kau meyakinkan
Duka berakhir
Menjelma bahagia
Tapi mengapa
Kau pula pergi ketika
Kasih mekar

*Korus
Katakanlah
Mengapa perpisahan
Yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih
Cinta kita oh mengapa…
Katakanlah
Apa salah dan silapku
Padamu kekasih…
Di manakah keadilanmu kepadaku…
Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia
Kita sementara

*Korus

Kerana ini permintaanmu
Ku akur sahaja
Melupakanmu
Tak semudah itu
Kerana kau terlalu istimewa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluarga Bersamamu Ditaja Pakej Umrah

Gambar Sekitar Sambutan Hari Jadi Jamal Abdillah