in

Keluarga Bersamamu Ditaja Pakej Umrah

Bersempena ulangtahun program BERSAMAMU terbitan TV3, sebuah syarikat korporat Gapurna Sdn Bhd telah bermurah hati menaja Pakej Umrah 13 hari/11 malam kepada 30 jemaah yang terdiri daripada 20 keluarga yang pernah muncul di dalam siaran program tersebut. Di samping itu juga, seramai tujuh (7) orang anak yatim tahfiz dan krew TV3 akan turut menyertai program Umrah ini mulai 12 Mei sehingga 23 Mei kelak.

Bagi meraikan keberangkatan para Jemaah tersebut ke Tanah Suci, satu majlis ringkas termasuk penyampaian replika cek berjumlah RM217,470.00 akan disampaikan oleh Dato’ Haji Ishak Haji Mohamed, Gapurna Sdn Bhd kepada pihak Media Prima Berhad akan turut diadakan esok.

Tarikh : 11 Mei 2012, Jumaat
Masa : 4.00 petang
Tempat : Quality Hotel, Shah Alam
Plaza Perangsang, Persiaran Shah Alam

Seronoknya dapat rezeki buat umrah ni. Selamat berangkat buat semua keluarga yang terpilih.

Bersamamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Tak Sabar Single Pertama Baby Shima

Video Klip Aku Maafkan Kamu Jamal Abdillah