in ,

Video Keek Sharifah Sakinah Bikin Kontroversi

[dropcap]T[/dropcap]rending di Twitter dan media sosial semalam, ialah video Keek dari pelakon Sharifah Sakinah yang telah merakam aksinya dengan menggunakan laman Keek Anzalna. Seterusnya, gara-gara bingkisan video keek yang dimuat di laman YouTube, video ini telah menerima pelbagai reaksi negatif dan kritikan pedas daripada peminat.

Tonton video di atas dan anda buat penilaian sendiri. Bagi Budiey, video ini sekadar ingin menambahkan lagi rencah artis yang kini tengah galak untuk upload video di laman sosial Keek.com. Kepada yang kenal Sharifah Sakinah ni macamana, mungkin dah tahu perangainya macamana. Sakinah ni jenis yang gila-gila sikit. Bagi kenalan beliau, tak hairan jika Sakinah buat video macam ni.

Namun, ramai respon mengatakan video berdurasi 33 saat menjadi lebih panas apabila mempelihatkan Sharifah Sakinah ini berkelakuan agak kurang sopan menerusi kata-katanya atau dalam erti kata lain, dia seperti sengaja bikin kontroversi dan cari publisiti murahan. Permulaan video ini, Sakinah ada meniru kata-kata Siti Nurhaliza yang sedang membeli belah di Jusco. Mungkin Sakinah nak buat parodi kot.

Antara kata-kata kurang enak yang TAK sepatutnya diucapkan oleh seorang artis yang nampak macam sangat bersopan santun dan lemah lembut sepertinya ialah:

“Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.”

Di laman forum dan blog, ramai pemerhati melemparkan kata-kata kesat terhadap adik kepada pelakon Sharifah Shahirah ini, tak kurang melabelkan dia dengan pelbagai jolokan seperti sewel, psiko, bangang, macam dajal dan macam-maam lagi. Mmm, pendek kata, teruk juga Sakinah kena bahan.

Tak kurang juga ada yang musykil dengan video ini. Adakah ketika pelakon drama bersiri Bunga Merah Punya merakamkan video tersebut, dia dalam keadaan separuh sedar? Atau memang sedar? Itu tak berapa pasti. Yang pasti, semestinya ramai yang akan bertanyakan tentang isu ini apabila bertemu dengan Sharifah Sakinah nanti.

Tapi yang pasti, tindakan Sharifah Sakinah telah mengundang kritikan penonton. Tahniah Sharifah Sakinah, anda berjaya mencipta populariti dan kontroversi diri sendiri.Video ni jadi trending dan menjadi perbualan hangat di laman forum dan blog.

Gambar Sharifah Sakinah berbaju kurung di bawah ini diambil semasa beliau hadir untuk bersama-sama melancarkan drama terbaru di TV9.

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Suria FM Perkenal Konsep KAMI LAH MALAYSIA!

Sebab Mengapa Konsert Asia Super Showcase Ditunda