in

Suria FM Perkenal Konsep KAMI LAH MALAYSIA!

[dropcap]P[/dropcap]ada 13 Mei 2013 ini, Suria FM tampil dengan ‘KAMI LAH MALAYSIA’ satu usaha untuk menyemarakkan rasa sayang di antara satu sama lain. Berganding bahu bersama dengan Red FM, Capital FM dan 98.8FM, Suria FM yakin kempen ini dapat membantu menyemai muafakat yang sedia ada di dalam hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebagai sebuah stesen radio dengan jutaan pendengar, sudah menjadi tanggungjawab  Suria FM untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada semua. Istimewanya 13 Mei ini, Suria FM akan memutarkan lagu-lagu perpaduan, rukun negara dan pelbagai pesanan khidmat masyarakat berbentuk perpaduan untuk dihayati oleh para pendengar.

Halim Othman, Dj Lin, Seri, Wan Ajaib, Zaff Dari Suria Fm Dan Jeremy Dari Red Fm Ketika Menyanyikan Lagu 'Mulanya Disini'

Lagu ‘Malaysia Kau Ku Cinta’ nyanyian Adibah Noor dan Dina Nadzir akan menjadi lagu rasmi bagi Suria FM pada hari Isnin ini. Lagu dendangan dua wanita bersuara lunak ini telah mula diperdengarkan kepada umum di Suria FM bermula 6 Mei yang lalu.

Bagi menyokong kempen ini, semua penyampai radio di bawah Star Radio Group akan menyanyikan lagu ‘Mulanya disini’ dengan gubahan lirik ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa melayu, bahasa mandarin, bahasa hokkien, bahasa iban, bahasa bidayuh dan sebagainya. Lagu ini akan diputarkan di keempat-empat radio. Di samping itu, jika sering ke udara di Suria FM, penyampai radio segmen Ceria pagi Adibah Noor akan keudara di stesen radio berbahasa cina 98.8FM.

Lebih menarik lagi, ke semua kakitangan termasuklah penyampai radio di bawah Star Radio Group akan memakai tshirt khas ‘Kami lah Malaysia’ untuk mendukung kempen ini.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Mari sambut usaha kami untuk meraikan perpaduan dengan penuh semangat kekitaan. Buanglah segala rasa prasangka dan ayuh bangkit sebagai rakyat Malaysia yang utuh. Kami satu bangsa, kami satu Negara. Kami lah Malaysia!

Suria FM, 98.8FM, Red FM & Capital FM – Stesen radio untuk rakyat Malaysia

Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia untuk rakyat Malaysia.

98.8FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Cina untuk rakyat Malaysia.

Red FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Inggeris untuk rakyat Malaysia.

Capital FM adalah sebuah stesen radio wanita berbahasa Inggeris untuk rakyat Malaysia.

Kami lah Malaysia.

Halim Othman, Dj Lin, Seri, Wan Ajaib, Zaff Dari Suria Fm Dan Jeremy Dari Red Fm Fokus Menyanyi

Azura Zainal Dari Red Fm Dan Reza Mohamed Dari Suria Fm Ketika Merakamkan Lagu 'Mulanya Disini'

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Exclusive Mother’s Day Gift Packages From Samsung

Video Keek Sharifah Sakinah Bikin Kontroversi