in

Video Dokumentari Khas Siti Nurhaliza di Saluran History

Bagi seluruh peminatnya, barangkali tiada apa yang ingin mereka tahu lagi mengenai figura yang bernama Siti Nurhaliza Taruddin ni. Sebab, serba serbi tentangnya, peminat ada ketika lebih tahu dan arif berbanding kami orang media. Tapi!, ada beberapa rahsia yang anda belum tahu. Dan… itu akan dikongsikan sendiri oleh Siti.

Bersempena ulangtahun kelahiran ke 33 penyanyi nombor satu negara ini, sebuah dokumentari khas berjudul “Siti Nurhaliza” bakal disiarkan di Saluran History (Astro 555) pada 11 Januari 2012, jam 10 malam.

VIDEO TEMUBUAL BERSAMA SITI NURHALIZA

Diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd, dokumentari 1 jam itu bakal membawa penonton menyusur perjalanan kerjaya Siti sekaligus mendekati sisi lain pelantun lagu Biarlah Rahsia itu.

Menurut Siti, dokumentari tersebut menceritakan kehidupanya sewaktu zaman kanak-kanak sehingga berjaya sebagai seorang penyanyi yang telah menerima pelbagai anugerah dan usahawanita terkenal.

Dalam dokumentari tersebut, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali turut mendedahkan yang Siti pernah menghadiri ujibakat untuk program Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.

Disamping, antara individu lain yang diwawancara termasuk Rozi Abdul Razak yang juga pengurus dan kakak ipar kepada penyanyi itu, Jennifer Thompson (penerbit malam AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek) dan Michael Ong (pereka fesyen terkenal).

Penerbit filem Pisau Cukur iaitu Lina Tan dan pengarah filem tersebut, Bernard Chauly turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah dokumentari itu.

Dato’ Siti Nurhaliza & Rakan Media di Korea @ Galaksi TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Keliru Lakonan Maria Farida, Serina Redzuawan

Filem Don 2 Shahrukh Khan